salam. Teknologi web 2.0 telah melanda dunia. Daripada web statik kepada web dinamik yang lebih fleksibel...komunikasi web ini berbentuk dua hala dan bukan hanya penyampai informasi semata-mata..
Sebelum semua beri pendapat, kita tgk dulu cth web 2.0 yg terdekat dgn kita..
Web 2.0 merupakan perkembangan teknologi terkini yang bermula pada 2001 selepas web 1.0. Content bagi Web 2.0 mempunyai beberapa kelebihan seperti:
1) tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung juga boleh mengendalikan pada content web tersebut. 2) pengunjung juga dapat memberi komen 3) bekomunikasi antara satu sama lain
Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 ialah: Youtube dan facebook
Ya, saya setuju dengan azida, selain web 2.0 sebagai rangkaian social, ada lagi aplikasi yang mendokong web 2.0 ini iaitu aplikasi teknologi blog, wiki, podcast. Teknologi ini berkembang dengan pesat seiring dengan keperluan generasi y yang lebih moden, bebas serta lebih terbuka pemikiran serta gaya hidupnya. Contohnya podcast yang merupakan satu teknologi yang membenarkan gajet pemain media mudah dan computer peribadi mencapai bahan audio dan video digital dari internet. Kandungannya sentiasa dikemaskini secara automatic jika terdapat sebarang masukan baru dari sumber atau penyedia perkhidmatan. Teknologi ini semakin popular dalam pendidikan masa kini.
• Ianya digunakan untuk menyalurkan maklumat serta berkongsi bahan pengajaran
• Guru dapat menyiarkan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan Melalui fungsi paparan gajet.
Salam Sejahtera... Teknologi Web 2.0 menyediakan guru dengan kaedah baru untuk membawa pelajar dengan cara pembelajaran dan pengajaran yang sangat signifikan.Kanak-kanak yang dibesarkan dengan pelbagai teknologi media baru merupakan generasi yang mempunyai ciri-ciri atau nilai-nilai kesabaran yang sangat minimum apabila diminta untuk melaksanakan pembelajaran dengan cara tradisional seperti menulis kertas kerja dan mendengar guru memberi ceramah. Ini adalah disebabkan kanak-kanak generasi IT ini secara sedia ada telah terlibat dengan peredaran teknologi dunia tanpa sempadan. Kemunculan teknologi web 2.0, menunjukkan kepada pelajar bahawa pendidikan adalah satu entiti yang berkembang mengikut peredaran teknologi maklumat. Samaada ia merupakan pendidikan yang melibatkan perbincangan kelas atau kelas perbincangan melalui forum, teknologi web 2.0 dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam perbincangan kelas web 2.0. Contohnya kemunculan pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui blog, Wikis, Podcast dan pelbagai “Powerful Web tools” yang digunakan untuk bilik darjah dapat memberi perubahan yang sangat signifikan terhadap P&P yang disampakan kepada pelajar. Peralatan Web 2.0 sememangnya diperlukan di dalam bilik darjah bagi menyediakan guru dan pelajar dalam arus perubahan P&P. Teknologi ini, membenarkan guru memberi ruang kepada pelajar untuk mengawal kehendak mereka sediri dalam menetukan apa yang dikehendaki dalam P&P. Teknologi ini juga akan membawa pelajar dan guru ke arah penerbitan sendiri secara pantas dan bebas. Namun begitu, batas-batas kebebasan murid masih lagi memerlukan pemantaun guru sebagai pendidik. Pembelajaran dalam kelas dengan teknologi Web 2.0 akan menggalakkan pelajar berkoloborasi dengan rakan sebaya. Para guru pula dapat mencipta satu suasana baru yang lebih terbuka dalam P&P di mana para pelajar akan dijangka untuk terus kekal dan terlibat dalam perbincangan kelas pembelajaran yang sedia ada tanpa had masa. Sebagai contoh Weblogs merupakan platform menyimpan kandungan yang banyak dan tidak statik dapat memberikan satu koloborasi yang siginifikan dalam P&P khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Weblog memberikan pelajar ruang umum untuk berinteraksi antara satu sama lain dan juga dapat berinteraksi dengan kandungan P&P yang dimuatkan dalam weblog tersebut. Contoh-contoh Web 2.0 tools yang boleh digunakan oleh para guru dalam pendidikan adalah seperti: • RSS • Podcasting • Wikipedia • Flickr • Youtube • Edublog • Wetpaint • Slideshare • Google doc • Del.icio.us
Teknologi Web 2.0 lebih menekankan pada social network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti blog, facebook, wikipedia dan youtube. Teknologi web 2.o sangat membantu dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pencarian maklumat. Sebagai contoh, Wikipedia boleh digunakan dalam pencarian maklumat. Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang mempunyai pelbagai maklumat di dalamnya. Melalui wikipedia juga, perkongsian maklumat boleh dilakukan dengan mengupload nota dan maklumat yang berkaitan. Antaramuka yang mudah juga memudahkan pengguna untuk melakukan pencarian maklumat. Sebagai contoh, jika para pelajar ingin mengetahui berkenaan tajuk multimedia, para pelajar hanya perlu memasukkan perkataan "MULTIMEDIA" dan menekan butang search. Selepas itu, paparan berkenaan tajuk multimedia akan dipaparkan di Wikipedia..
Saya bersetuju dengan ulasan yang diberikan oleh Elyani berkenaan penggunaan wikipedia sebagai ensiklopedia bebas yang memberikan banyak maklumat untuk pelbagai topik dan persoalan. Teknologi seperti ini sudah tentu memberi kemudahan dalam dunia pendidikan samada kepada golongan pendidik mahupun pelajar.
Wikipedia adalah merupakan laman web di mana pengguna boleh manambah, mengubahsuai dan memadam isi kandungannya menerusi "web browser" dengan menggunakan "markup language" yang mudah seperti HTML.
Gelombang web 2.0 telah melanda dunia.Kesannnya amat mendalam kepada sistem pendidikan.Pada pendapat saya,teknologi web amat membantu dalam bidang pendidikan terutamanya pada zaman ICT yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia.Contohnya seperti: 1)Enseklopedia Bebas Wikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai satu rujukan dalam pelbagai bahasa. Contohnya pelajar atau guru hendak mencari maklumat tentang sesuatu tajuk/perkara, maka sistem wiki ini boleh membantu memberikan segala maklumat berkaitan yang dikehendaki.
Ya betul, saya setuju dengan ju, dalam bidang pendidikan Ensiklopedia bebas Wikipedia (en.wikipedia.org) merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wikipedia berfungsi sebagai sebuah sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa.
Inovasi terkini seperti wiki diperkenalkan oleh Wikispaces (www.wikispaces.com) juga merupakan sebagai salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan.
yer betul fadila, inovasi terkini seperti wiki juga diperkenalkan oleh WIkispaces.Cuma saya rasa, kita semua lebih menggunakan wikipedia.Jadi selepas ini, rakan2 semua mari kita semua gunakan inovasi terkinini WIkispace..:) -JUE MASLI-
saya sokong...tetapi cuma satu kelemahan wikipedia...disebabkan aplikasi ini membenarkan pengunjung untuk membuat pengeditan...maka kebanyakan pihak universiti tidak menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk menjadikan wikipediaa sebagai bahan rujukan untuk diletakkan didalam tesis mereka...ini kerana ditakuti info yang terdapat didalam wikipedia kemungkinan info yang tidak diketahui kesahihannya...walaupun begitu, wikipedia masih mampu memberikan kita maklumat yang berguna....
salam..fungsi web juga membenarkan kita berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat dunia tanpa sempadan.para pelajar boleh menndapat maklumat dengan pantasdan percuma.perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan.contoh www.wikispace.com adalah salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan.ia menyediakan ruang kepada pengguna untuk melabel kawasan dalam webnya.Potensi penggunaanya amat meluas dan mampu berkembang dalam pelbagai bidang lain.
Selain itu, banyak maklumat menarik dan tersedia dalam web seperti dalam bentuk pangkalan data,dokumen,maklumat kerajaan,bibliografi atas talian dan lain-lain.Teknologi web juga mampu menggabungkan audio,video dan animasi dalam satu dokumen yang sama.
Maklumat-maklumat yang mudah di akses ini memudahkan guru dan pelajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi web 2.0 sangat membantu dalam bidang pendidikan. Teknologi web 2.0 adalah satu aplikasi yang wujud dalam platform web seperti blog, facebook dan sebagainya. Definisi kepada teknologi web 2.0 adalah sebagai satu rangkaian platform untuk sesi perbincangan yang melibatkan semua peranti yang bersambungan dan membentuk dunia maya. Ia membolehkan komunikasi dua hala dijalankan.
saya setuju dengan pendapat Azida Aziz bahawa contoh yang paling ketara dan popular sekarang ialah youtube dan facebook.Mari kita berbicang bagaimana kedua2 platform ini boleh membantu dalam pendidikan?Pada pendapat saya melalui facebook,kita mudah untuk berhubung sepanjang masa dengan rakan sekelas, guru/pensyarah, juga rakan lain yg belajar di tempat yg lain untuk sama2 berkingsi ilmu/maklumat.Melalui youtube pula kita boleh mendapatkan segala video yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran..
Setuju, youtube sangat membantu sekiranya kita menggunakannya dengan tujuan yang betul.Jika dilihat dari perspektif pendidikan,youtube memberi kita kelas maya yang tanpa sempadan dan tidak mengira siapakah audiance. kita bebas mencari apa sahaja subjek target tanpa sebarang yuran yang dikenakan.kita juga boleh merakam video kelas maya kita sendiri dan muat turun dalam youtube,seterusnya video itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja di serata dunia..!
saya juga bersetuju dengan pendapat diatas. Dengan adanya video daripada youtube kita dapat memberi contoh dengn lebih jelas. Apa yang ingin disampaikan adalah lebih dan dapat dilihat terus oleh pelajar jika dibandingkan dengan hanya penerangan secara verbal sahaja. Video-video tersebut haruslah yang bersesuai dengan apa yang ingin disampaikan dalam p&p. Dengan kaedah ini kita dapat menjimatkan masa p&p dan kita boleh menggunakan masa tersebut untuk membuat latihan bagi membuat penilaian kefahaman pelajar.
Ya. Teknologi web 2.0 sangat membantu dalam bidang pendidikan. Ini kerana dengan penggunaan teknologi ini dapat menarik pelajar agar turut aktif dalam pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana penggunaan teknologi ini bercorak dua hala di mana pelajar dapat memberi maklumbalas, menyumbangkan idea dan pendapat secara spontan dan segera. Contoh paling mudah ialah penggunaan blog sekarang ini. Blog juga merupakan teknologi web 2.0. Di sini, pensyarah memberikan soalan dan pelajar akan segera memberi maklum balas dengan menyatakan idea masing-masing mengenai tajuk yang diutarakan. Secara tidak langsung, ini menunjukkan komunikasi dua hala telah berlangsung melalui salah satu teknologi web 2.0 ini iaitu Blog. Kesimpulannya, jelaslah di sini, penggunaan Teknologi Web 2.0 sangat membantu dalam pendidikan.
contohnya dalam blog sekolah, banyak maklumat yang boleh diperolehi oleh pelajar seperti aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang sesi persekolahan mereka. dari situ mereka dapat mengetahui apa perkara yang berlaku di sekolah dan mereka tidak dikatakan 'katak di bawah tempurung'. Web ini juga haruslah sentiasa dikemaskini supaya dapat menarik minat pelajar melayari web tersebut. Sebenarnya jika web sekolah digunakan dengan betul maka terlalu banyak maklumat berguna yang disampaikan kepada pelajar.
Teknologi web 2.0 merupakan anjakan teknologi dalam aplikasi internet.Antara aplikasi yang ada dalam web 2.0 ini ialah facebook,blog-blog,youtube dan tidak terkecuali semua jenis komunikasi melalui online. Saya mengambil contoh penggunaan blog dalam pendidikan. Cara penghasilan blog yang sangat mudah membolehkan kita memanafaatkan aplikasi ini untuk pembelajaran. Melalui blog,kita boleh menghasilkan satu platform informasi berkaitan mata pelajaran,perbincangan maya bersama pelajar dan sekaligus menjadikan blog sebagai tempat rujukan.Bukan itu sahaja,guru juga boleh berkongsi info-info terkini dengan mudah dan pantas di laman blog masing-masing.Selain itu,banyak data dapat disimpan dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Pada pendapat saya,aplikasi blog dlm teknologi web 2.0 ini sangat membantu dalam perkembangan pendidikan zaman kini..
setuju, mungkin soalan-soalan peperiksaan juga boleh diperolehi daripada blog-blog guru kerana kadangkala pelajar kurang berminat untuk ke kedai buku bagi mencari buku berkaitan dengan pelajaran. Mereka lebih senang duduk di hadapan komputer dan maklumat tersebut boleh dicapai dengan mudah.
Teknologi web 2.0 amat membantu dalam bidang pendidikan pada masa kini kerana kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi laman web sosial yang terdapat dalam internet. Selain itu, mereka yang terlibat dalam pendidkian dapat mempelbagaikan cara komunikasi, menyebarkan maklumat dan memperkembangkan lagi kreativiti dalam penyampaian sesuatu mesej dan maklumat menerusi internet.
Contohnya ialah blog.. Pada masa kini, blog bukan sahaja dimiliki oleh seorang individu tetapi juga sesebuah organasisi turut menggunakan blog dalam perkongsian maklumat. Contohnya blog sekolah utk menyampaikan dan berkongsi segala maklumat terkini yang terdapat di sekolah.. Pelbagai pendekatan kreativiti yang menarik dapat kita lihat menerusi blog sesebuah sekolah.. Menerusi blog sekolah ini dapat menarik minat pelajar dan ibu bapa supaya terlibat aktif dalam segala aktiviti sekolah..
Teknologi web 2.0 membantu dalam pendidikan. Ini kerana ia boleh dilayari di mana-mana, mudah dan pantas. Kita tidak semestinya perlu ke perpustakaan untuk mencari ilmu. Kita tidak perlu membawa buku yang banyak sebagai bahan rujukan, cukup sekadar sebuah komputer riba untuk di bawa ke mana-mana. Contohnya penggunaan blog pendidikan dan penggunaan rangkaian laman sosial seperti blogspot, facebook dan scribd.
Saya mengambil contoh penggunaan Scribd. Scribd boleh digunakan untuk kita berkongsi maklumat dan merupakan laman komunikasi pembacaan terbesar. Hanya dengan cara membuka akaun scribd kita boleh 'upload' segala maklumat atau kajian yang kita perolehi ke dalam scribd. Kita juga boleh muat turun fail dan maklumat dalam scribd. Dengan teknologi ini, kita boleh mendapatkan jurnal-jurnal dan bahan-bahan ilmu dengan mudah dan pantas serta menjimatkan masa dan tenaga.
Seperti yang kita tahu Web 2.0 adalah bersifat web dinamik yang mempunyai interaksi dua hala.Sebagai contoh aplikasi web 2.0 ialah Wikipedia iaitu sebuah ensiklopedia online terbesar.Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk mengedit dan membuat artikel. Jaringan pengetahuan dapat dikongsi bersama. Dalam bidang pendidikan pula Wikipedia ini amat berguna sebagai rujukan pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Selain itu Wikipedia juga mempunyai forum dan laman discusion online yang membolehkan pengguna saling berinteraksi antara satu sama lain.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Teknologi Web 2.0 telah memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan. Melalui teknologi ini, guru-guru dapat mencari rujukan yang mudah dan cepat. Selain itu, dapat juga bertukar pendapat dan pandangan dengan orang ramai contohnya penggunaan blok. Melalui Teknologi Web 2.0 juga pelajar-pelajar mencari pelbagai maklumat yang diperlukan dalam pelajaran melalui carian seperti google, yahoo.
Salam Pn Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik dan fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampaian informasi semata-mata. Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksi yang terbatas. Kini, dengan pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka merentasi sempadan negara. Pada pendapat saya web 2.0 dapat membantu dalam bidang pendidikan sebagai contoh blog. Blog membenarkan pemiliknya berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat tanpa batasan. Penulis blog mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data atau maklumat dalam laman. Kandungan dapat disebarkan lebih pantas dan percuma. Setiap maklumat yang dikongsi akan dinilai oleh pembaca dan mereka boleh berkomunikasi dengan penulis secara terus sekiranya ingin memberikan maklum balas. Dengan kata lain apa yang kita lakukan sekarang iaitu discussion online adalah salah satu contoh yang paling dekat untuk berkongsi maklumat tentang sesuatu topik.
Teknologi web 2.0 dapat membantu bidang pendidikan pada masa kini kerana kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi laman web sosial yang terdapat dalam internet.
Contoh teknologi web adalah Educational blogging atau blog pendidikan. Ia boleh menjadi alat pengajaran yang berkesan di dalam pendidikan. Blog boleh diumpamakan sebagai pentas perdebatan dialam maya. Blog pendidikan adalah perkhidmatan blog dimana orang ramai berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan. Blog dapat mengajar para pelajar cara baru untuk berkomunikasi, dan memperbaiki cara penulisan. Dengan wujudnya blog mereka dapat bertukar-tukar pendapat dengan pelajar lain diseluruh pelosok dunia. Blog pendidikan boleh digunakan oleh pelajar dan juga para pendidik sendiri. Pendidik lebih cenderung untuk menulis mengenai berita sekolah, falsafah, dan juga aktiviti kelas di dalam blog. Seperti yang diketahui pendidik menghadapi pelbagai konflik berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran semasa sesi di dalam atau di luar kelas. Pendidik dapat menambah pengetahuan dalam menghadapi konflik berdasarkan pengetahuan, pendapat dan pengalaman pendidik lain di seluruh pelosok dunia dengan adanya medium seperti blog pendidikan ini. Sebaliknya pelajar cenderung untuk menulis mengenai isu semasa, mengenai diri sendiri dan topik yang berkaitan dengan pendidikan yang baru diperoleh samaada di dalam kelas ataupun di luar kelas.
salam semua...selain itu,melalui teknologi web ini juga,kita dapat menggunakan Kamus online di mana pelajar/guru boleh menggunakan sepenuhnya aplikasi ini dalam usaha untuk menterjemahkan sesuatu perkataan.Terjemahan ini boleh dilakukan samaada dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau sebaliknya.Contohnya pelajar ingin mencari maksud "preparation:, maka pelajar tersebut hanya perlu memasukkan perkataan tersebut ke dalam aplikasi Kamus Online ini.Dengan menekan butang "submit" sahaja,maka maksud yang dicari akan dipaparkan..
Teknologi web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet dalam menyampaikan informasi. web 2.0 juga menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet.Teknologi web 2.0 ada interaksi iaitu membolehkan pengguna samaada pelajar dan guru untuk bersama-sama berkongsi maklumat didalam aplikasi yang sama,boleh di edit dan ianya dinamik berbeza dengan web 1.0 yang statik dan tidak ada interaksi. contoh web 2.0 ialah chat, discussionboard, blog.
pada pandangan dan pengalaman saya teknologi 2.0 memang sangat membantu dalam bidang pendidikan. teknologi ini lebih mudah digunakan dan lebih "user friendly". Teknologi ini menggabungkan HTML, CSS, JavaScript, XML, dan AJAX dalam pembangunan web. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik. web 2.0 membolehkan guru dan pelajar berinteraksi secara maya. Pendidik dan pelajar bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.Pembelajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengajar atau institusi pengajian
Contoh dan bagaimana teknologi web 2.0 membantu adalah seperti berikut:
1. BLOG Kandungan blog yang melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog serta laman web lain yang berkaitan. guru dan pelajar boleh mengadakan forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan, membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan. Guru dan pensyarah tidak perlu menguasai kemahiran pengaturcaraan (programming) untuk menghasilkan laman blog mereka sendiri.
RANGKAIAN SOSIAL FACEBOOK yang popular pada masa kini membolehkan sekolah membentuk komuniti di alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria.
FORUM ATAS TALIAN(Online Forum) laman perbincangan secara atas talian yang dituju khas kepada sesuatu tajuk yang spesifik. Forum membolehkan guru dan pelajar menghantar maklumat atau mesej dan membaca mesej orang lain. Misalnya seorang pelajar membuka satu tajuk perbincangan dan bertanyakan pendapat orang lain.pelajar dan guru membalas dan akan terhasilnya satu perbincangan di situ.
Teknologi Internet pada peringkat awal seperti e-mel, laman web dan kumpulan berita telah memberi nilai tambah kepada penyampaian pengetahuan dalam bilik darjah tradisional. Kini teknologi Internet semakin berkembang dengan kemunculan teknologi Web 2.0. Teknologi Web 2.0 seperti blog, wiki dan laman rangkaian sosial akan 2memautkan maklumat kepada orang-orang yang saling berhubung. Ini bermakna dimensi bidang pendidikan akan berubah hasil daripada perkembangan teknologi yang pesat ini. Menerusi penggunaan teknologi Web 2.0, para pelajar tidak lagi mencapai web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, sebaliknya mereka mencapai dan membina pengetahuan secara kolektif menerusi interaksi social.Antara aktiviti yang boleh diintegrasikan di dalam P&P ialah: Pembinaan Blog Mengemaskini maklumat baru seperti kerja rumah dan tugasan. Menggunakan komen dalam blog dapat menggalakkan pelajar membantu antara satu sama lain dalam penulisan mereka dan mendapatkan respon terhadap satu soalan tanpa mendapat beberapa jawapan yang sama. Perkongsian Video(Video Sharing) Membangunkan video perkembangan professional berdasarkan terma sendiri, mencipta video mata pelajaran tertentu dengan pelajar; menggunakan laman perkongsian video untuk mencari video-video isu semasa dll -Sharmila-
saya sokong pendapat sharmila. Penggunaan blog dapat mengurangkan penggunaan kertas(Paperless).Guru boleh muat naikkan nota dan latihan melalui blog sahaja. -NAGESWAREY-
Pada pendapat saya teknologi web 2.0 salah satunya ialah blog. Dengan adanya blog ia dapat membantu dalam bidang pendidikan.
Blog merupakan aplikasi web yang memudahkan pengguna menerbitkan berita, idea, cerita, pendapat, hasil-hasil penulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain atau sekadar terbitan peribadi. Contohnya jika suatu kelas itu tidak dapat dijalankan maka guru tersebut boleh menggunakan blog sebagai media pertemuan dengan pelajar. Walaupun kelas tidak di tempat biasa kelas tersebut masih boleh dijalankan. Guru boleh memuatkan maklumat tersebut di dalam blog dan pelajar-pelajar dengan mudah dapat mencapai maklumat tersebut. Soalan-soalan tugasan juga boleh dibincangkan di blog yang mana pelajar-pelajar akan terus menjawab soalan tersebut dan jawapannya akan terus dapat dibaca dan semak oleh guru mereka.
Pelajar juga lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada guru mereka kerana mereka boleh memperolehi maklumat-maklumat atau nota pembelajaran mereka di blog-blog guru mereka.
Bagi melayari blog, pelajar boleh menggunakan browser seperti Internet Explorer, Firefox dan lain-lain lagi.
Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan telah menjadi semakin popular. Kelebihan Web 2.0 ialah • Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dengan kos yang minima. • Melaksanakan pembelajaran kolaborasi melalui Google dan Twitter. • berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel Contohnya Twitter dalam pendidikan: Melalui papan twit guru boleh maklumkan tentang perubahan jadual,perubahan kandungan kursus dan sebagainya. Pelajar juga boleh membuat rumusan bab atau artikel dan boleh menerbitkan ringkasan isi-isi penting bab tersebut.Pelajar dapat berkongsi maklumat tentang topic pembelajaranya dari semasa ke semasa. Guru boleh mengadakan perbincangan mengenai topic yang diajar di luar waktu sekolah melalui twitter. Ini membantu pelajar mengambil bahagian dan menjadi platform untuk perbincangan dan segala masalah yang pelajar hadapi dalam pembelajaran boleh diatasi dengan lebih mudah.
ya.. kenyataan dari zalifah di sokong dan dikuatkan lagi dengan contoh-contoh blog yang pesat berkembang dan sangat popular untuk tujuan mengumpul dan berkongsi ilmu seperti www.wikia.com,www.wikitravel.org,dan wikipedia.com. selain itu, aplikasi blog yang boleh di manfaatkan dalam buku harian pelajar ialah www.blogdrive.com,www.blogspot.com atau www.blogger.com.
salam..saya sokong pendapat zalifah dan Suhaida. saya cuma ingin menambah satu lagi contoh web 2.0 iaitu www.Amazon.com Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya lengkap dengan info buku, tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya. Ini sebenarnya amat berguna dalam bidang pendidikan
Semakin banyak pihak berlumba-lumba untuk menyediakan layanan yang semakin user friendly. Hingga memunculkan sebuah istilah baru dalam dunia internet, sebuah aplikasi berbasis web yang biasa disebut dengan Web Generasi Kedua ( Web 2.0 ). Hadirnya konsep web 2.0 menciptakan bentuk komunikasi yg lebih dinamis, revolusi daripada bentuk statik. Dengan Web 2.0 ini telah mengubah paradigma masyarakat internet tentang proses pembuatan dan cara kerja sebuah website yang dahulunya dianggap susah. seperti PHP, ASP dan HTML. Web 2.0 membolehkan orang yang buta sama sekali tentang internet, untuk membuat sebuah aplikasi web base dengan adanya pelbagai alat dan software dalam membangunkan sesebuah website. Ia merupakan cara baru dalam melakukan templet design, yakni dengan CSS table membuat website tampil dengan elegan, profesional dan dinamik serta menghadirkan interaksi sosial di dunia maya, yang kini sudah menjadi keperluan sehari-hari. Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri iaitu share, collaborate dan exploit. Web 2.0 hadir seiring dengan peningkatan pengguna blog seperti, Friendster, Myspace, Youtube dan Fickr. Jadi disini kehidupan sosial di dunia maya benar-benar terasa.
Jadi, Teknologi Web 2.0 membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamat dan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah seperti yang berikut:
1. Merekacipta laman web Membina pengetahuan yang melibatkan pengumpulan idea baru, membandingkan idea dengan struktur sedia ada, mengenalpasti dan memperbaiki perbezaan pendapat di antara apa yang telah diketahui dan apa yang sudah diketahui, dan mengubahsuai pendapat yang sedia ada jika diperlukan. Justeru itu, membina laman web merupakan aktiviti kontruktivitis yang melibatkan pelajar dalam hakcipta rekaan sendiri dan kesan penerbitan. Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat penyalinan.
Secara pedagoginya, laman web dapat menyediakan bahan kuliah yang terancang sejajar dengan keperluan tajuk dan kurikulum. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:- a. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah. b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel. c. Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran. d. Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-mana sahaja dengan menggunakan teknologi internet.
2. Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan kerjasama. Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi banyak topik menarik yang boleh dirayau oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai maklamat dalam pembelajaran mereka. Hanya pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mengikuti matlamat pengajaran, serta pandai membuat keputusan sahaja yang akan mendapati penggunaan internet ini merupakan satu sumber pembelajaran yang mengagumkan.
3. Mentor siber : Komunikasi melalui internet Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan tempat atau negara. Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah dipelajari, memperkayakan pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain. Contohnya organisasi yang dikenali sebagai Bike About (http://www.ime.net/ddg/Bike) menyediakan hubungan pembelajaran tentang orang dan tempat dengan menghantar satu pasukan berbasikal untuk berkongsi pengalaman dengan sekolah-sekolah di serata dunia dan melalui pelbagai cara.
secara ringkasnya...web 2.0 mudah digunakan oleh guru yang hanya ada sedikit pengetahuan komputer. segala urusan perbincangan, penyerahan nota, perkogsian maklumat atau apa sahaja hanya dengan "klik" sahaja :)
saya setuju bahawa youtube sangat membantu. penggunaan video untuk belajar sesuatu lebih efektif dan menyeronokkan. dengan youtube, video lebih mudah dipaparkan dan dikongsi
Salam. Kawan-kawan peransan tak? sekarang ini pun kita sedang melakukan sesi pembelajaran (online discussion) dengan menggunakan web 2.0 untuk perkongsian maklumat dan pendapat sesama kita. Jadi web 2.0 sememangnya diaplikasikan di bidang pendidikan terutama sekali pendidikan tinggi (universiti) dan menengah...
Ya, saya setuju dengan Nur Fadhillah tu, memang sekarang pun kite menggunakan web 2.0, maka jelaslah bahawa web 2.0 ini amat penting dalam bidang pendidikan.
yer betul..sekarang kita sedang buat perbincangan online menggunakan teknologi web.Kita semua dapat berkongsi pendapat masing2.Sesungguhnya teknologi web ini mmg sgt membantu dalam bidang pendidikan. -JUE MASLI-
hmm..betul. teknologi sebagai pemudah cara untuk guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya dapat pelajar dapat menggunakan teknologi terkini dengan semaksimum mungkin.
Ya, saya setuju dengan Nur Fadhillah tu, memang sekarang pun kite menggunakan web 2.0, maka jelaslah bahawa web 2.0 ini amat penting dalam bidang pendidikan.
cepat dan mudah...hanya petik jari sahaja...tapi kita kena ingat petik bukan sebarang petik...kadang-kadang terdapat guru-guru senior yang tidak tahu menggunakan teknologi web ini...maka kita sebagai guru generasi y kenalah tolong mereka dengan menunjukkan kepada mereka cara menggunakan teknologi ini...kalau perlu saling berkerjasama untuk mentransformkan semua pendidik kepada celik it...betul tak kawan-kawan....hehehehe...
Sebagai penambahan, Educational podcasting atau podcasting pendidikan juga salah satu contoh teknologi web 2.0 yang membantu bidang pendidikan. Ia adalah salah satu aplikasi yang membenarkan pengguna berkongsi fail-fail media samaada audio atau video yang dimuat turun secara bersiri di internet, di mana pengguna melanggan secara berdaftar dan dapat memperoleh fail media terbaru secara automatik. Pengguna melanggan podcast menggunakan aplikasi podcatching yang dapat memantau sekiranya terdapat peubahan secara berkala.Oleh itu, pengguna sentiasa dimaklumkan sekiranya terdapat fail yang terbaru yang telah dimuatnaik. Masa kini podcasting telah menjadi satu medium penyaluran pendidikan yang semakin popular di kalangan pendidik dan pelajar yang bukan sahaja menyalurkan fail-fail media yang berkaitan dengan kandungan pendidikan tetapi memupuk komunikasi dua hala antara pelajar dan pendidik. Kelebihan podcasting yang digemari oleh pelajar kerana teknologi ini membenarkan pelajar untuk memuat turun fail media samaada nota pelajaran, video kuliah yang dimuat naik oleh guru, dan juga berita terbaru mengenai sekolah dengan mudah menggunakan iPodatau komputer dan dapat membawa nota ke mana-mana sahaja seperti membawa nota poket. Pelajar juga dapat menghasilkan podcast individu untuk disiarkan yang boleh dikongsi untuk guru-guru, rakan sekelas dan juga pengguna podcasting di seluruh dunia.
Penggunaan iPad di kalangan para pelajar semakin meluas terutamanya pelajar sekolah rendah, seolah-olah ianya menjadi satu kemestian untuk memilikinya. Trend ini mungkin boleh dimanfaatkan oleh para pendidik dan mengintegrasikannya dalam pembelajaran. -Sharmila-
Teknologi Web 2.0 membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh contohnya, E- Learning atau pembelajaran melalui online.
Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut: i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya. ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G. iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah lokasi. iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain. v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.
Ya betullah pendapat Roslinda tu, jadi tiada alasan bagi kita untuk menyatakan sukar mendapatkan maklumat, walhal di mana sahaja kita dapat menerokainya...samada di rumah, pejabat, dan juga tempat-tempat awam.
Saya ingin menambah berkenaan Wikipedia yang saya post sebelum ini. Wikipedia merupakan ensiklopedia yang menawarkan dalam pelbagai pilihan bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, English, Bahasa Cina, Italiano dan sebagainya. Dengan ini, pencarian maklumat menjadi lebih mudah kerana pelbagai pilihan bahasa ditawarkan. Maklumat yang disampaikan akan lebih mudah difahami oleh pengguna melalui pilihan bahasa ini.
Selain itu, wikipedia juga menawarkan pelbagai kategori seperti budaya, geografi, sejarah, matematik, sains, teknologi dan sebagainya untuk memudahkan pencarian pengguna. Dengan ini, pencarian maklumat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Sebagai contoh, jika pengguna ingin mencari maklumat berkenaan bentuk muka bumi. Pengguna boleh memilih kategori geografi dan seterusnya tajuk muka bumi.Pada paparan tajuk muka bumi, pelbagai laman akan dipaparkan seperti hutan, gua, tanjung dan sebagainya. Paparan ini secara tidak langsung memudahkan pengguna mecari maklumat dengan masa yang singkat.
Wikipedia juga menawarkan pengguna untuk menyunting maklumat yang sedia ada dan yang di muat naik oleh mereka.
Salam Puan Marlina, Seperti yang kita ketahui, Teknologi Web 2.0 merupakan teknologi yang terkini pada abad ini. Teknologi ini amat membantu dalam proses pendidikan. Contonya blog-blog pendidikan. Para pelajar dengan mudahnya dapat mencari bahan sebagai rujukan dalam proses penagajaran dan pembelajaran. Justeru para pelajar tidak perlu menunggu daripada guru untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Proses ini dapat menjimatkan masa kerana para pelajar terebih dahulu memahami tajuk pelajaran yang akan dibincangkan. Disamping itu juga, para guru dapat mencari bahan bagi persediaan p&p. Maka jelaslah bahawa, guru tidaklah terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata.
Saya bersetuju dengan pendapat aznira.. Melalui blog pendidikan, para pelajar mudah mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu topik. Pengguna juga boleh berbincang mengenai sesuatu topik di dalam blog pendidikan.
Selain itu, para pelajar juga boleh melihat dan download contoh-contoh soalan peperiksaan di dalam blog pendidikan. Pelajar juga boleh mendapatkan skema pemarkahan bagi setiap soalan peperiksaan. Ini dapat memudahkan pelajar menilai prestasi mereka di samping dapat menjimatkan kos untuk membeli buku-buku soalan peperiksaan.
Slideshare merupakan satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf. Slideshare menonjolkan satu komuniti professional yang aktif , sering memberi komen dan memuat turun bahan. Dalam pendidkan, slideshare digunakan secara meluas untuk memuat turun bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan bahan rujukan. Kandungan slideshare juga tersebar dengan pantas melalui blog, dan rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan Linkedln.
Ya, setuju dengan Azida..slideshare juga salah satu contoh teknologi web yang sangat membantu dalam bidang pendidikan.Ia memudahkan pelajar dan pendidik untuk memuatturun bahan-bahan pembelajaran.
Ya,web 2.0 dapat membantu dalam bidang pendidikan.Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata.
Contohnya yang kita sedang bincangkan sekarang ini..merupakan contoh yang paling dekat...iaitu perbincangan pensyarah dan juga pelajar2 melalui laman web/blog mengenai sesuatu topik.
Kaedah ini dapat disampaikan dengan lebih mudah dan dapat memberi info yang pelbagai kepada semua pelajar yang terlibat dan juga pembaca laman ini.Dengan memberi idea2 yang mantap dan berinfo ini, pembaca dapat menambahkan lagi ilmu terkini.
Ya..saya sangat setuju dengan pendapat akak..contoh web 2.0 yg paling hampir dengan kita sekarang ialah blog..kita menggunakan blog sebagai medium untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu topik atau isu..web 2.0 sgt berguna kepada semua pengguna terutamanya pelajar kerana ianya mudah untuk mendapatkan sumber maklumat..namun begitu harus diingatkan bahawa sumber-sumber maklumat yang kita baca itu haruslah dipastikan sahih dan tepat..supaya tidak berlaku miskonsepsi..
YA BETUL...sekarang pun kita tengah guna teknologi web 2.0 untuk berdiskusi. Mudah dengan cara begini, kelas masih boleh dijalankan dimana sahaja. masih ada kawalan daripada pensyarah kita. kehadiran masih boleh diambil bila kita menghantar pandangan kita.
Yes ..setuju sangat dengan Cik Siti Aisyah dimana penglibatan kita untuk berdikusi secara online membolehkan kita berkongsi pendapat dan idea untuk sesuatu isu atau pendapat baru...dapat mendapat ilmu baru..
Setuju dengan Aishah... dengan adanya teknologi web, di mana-mana pun kita boleh adakan diskusi...lebih-lebih lagi sekarang kebanyakan pelajar dah ada tablet sendiri. Semua orang tidak akan ketinggalan untuk dapatkan semua info yang diberikan.
yap sye setuju dengan aisyah.. dengan cara begini pun kita masih boleh mendapat maklumat dengan banyak hasil pandangan rakan -rakan dan pencarian di laman web.. suriyana ahmad samaludin
Sememangnya perkembangan teknologi web 2.0 banyak mempengaruhi sistem pendidikan di sekolah khususnya pelajar. Pembelajaran secara ‘online’ dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar yang boleh berlaku secara formal atau informal. Teknologi web 2.0 menekan kan konsep komunikasi dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata. Kombinasi aplikasi-aplikasi yang digunakan dalam teknologi web 2.0 banyak mempengaruhi persekitaran pembelajaran dengan mewujudkan satu platform ‘social learning’ yang menarik dan seronok apabila digunakan dengan penuh faedah dalam pendidikan.
Contoh aplikasi yang digunakan dalam teknologi web 2.0 adalah blog atau forum dalam pendidikan. Blog memberi ruang kepada pelajar untuk membaca,menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian mengenai sesuatu isu atau pendapat. Blog dan forum juga membolehkan pelajar berkongsi pendapat dan pengalaman. Blog dapat menarik minat pelajar untuk bermotivasi melibatkan diri dan kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan. Yang saya nampak dalam blog Puan Marlinah sendiri di mana terdapat perbincangan secara ‘online’ adalah contoh terbaik untuk pelajar berkongsi maklumat dan idea. Selain itu juga, setiap sekolah ada mewujudkan blog pendidikan tersendiri yang mempunyai sudut diskusi,mencari maklumat, nota subjek dan ‘bulletin board’sekolah yang banyak memberi sumber maklumat kepada pelajar. Terima Kasih.. Best regards, NORSAHIDA BINTI SAIM
saya setuju dengan pendapat sebariah. facebook pada masa sekarang memang memainkan peranan penting kerana banyak maklumat dapat disampaikan melalui facebook contohnya sesuatu kelas itu dibatalkan, pengumuman berkaitan ujian dan sebagainya. dengan adanya medium seperti ini kita tidak perlu lagi menghantar sms kepada setiap ahli kelas tersebut maka disini juga dapat menjimatkan kos. maklumat tersebut juga boleh dilihat oleh setiap ahli kelas tersebut.
Pada pendapat saya, teknologi web 2.0 memang banyak membantu dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana dapat memudahkan pelajar berhubung tidak kira masa dan tempat. Selain itu, ia bukan sahaja tempat berkomunikasi antara satu sama lain tetapi juga tempat untuk menyebarkan sebarang maklumat.
Contohnya, melalui Facebook. Dengan menubuhkan kumpulan di dalam Facebook, pelajar-pelajar dan pensyarah dapat berkongsi idea dan berbincang secara terus tanpa ada sempadan tanpa perlu bersemuka. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada pelajar dalam melontarkan pendapat kerana tidak perlukan suasana formal dan lebih bersifat terbuka.
Selain itu, penggunaan web 2.0 juga dapat menjimatkan masa. Contohnya dari segi penerokaan maklumat. Sekiranya ada kemusykilan tentang sesuatu subjek,pelajar akan terus dapat mencari maklumat yang dikehendaki dengan lebih meluas secara terus melalui internet.
Di samping itu, semua nota dapat dimuatnaik dengan mudah untuk sama-sama berkongsi maklumat termasuklah memuat naik video yang berkaitan. Dengan adanya penambahan video dan animasi akan lebih menambahkan kefahaman pelajar.
Kesimpulannya, teknologi web 2.0 amat membantu dalam bidang pendidikan selaras dengan kemajuan teknologi masa kini.
Saya bersetuju ngan Sebariah. Web 2.0 memudahkan penerokaan maklumat. Contoh yang sering digunakan adalah Google.com.Ia mempunyai enjin carian, online chatting seperti google talk,email,boleh muat turun dokumen dan sebagainya. Google sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat terutamanya berkaitan pendidikan.
saya sokong pendapat Sebariah iaitu penggunaan facebook.Kini facebook menjadi hobi di kalangan pelajar, dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran tidak langsung pelajar akan minat terhadap pelajaran dan masa juga berlalu dengan berfaedah. -NAGESWAREY-
Pada pendapat saya, teknologi web 2.0 sangat membantu dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk meneroka dan memperoleh pengetahuan dalam alam Teknologi yang berupaya untuk menarik murid agar turut aktif dalam pembelajaran. Teknologi ini juga dapat membantu murid mengekalkan minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Minat murid akan turut meningkat apabila dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung daripada rakan dan guru. Platform yang sesuai harus digunakan oleh guru agar pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer (CSCL) dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Antara contohnya penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan pada waktu yang sama membentuk e-portfolio murid. Pengajaran dan pembelajaran ini memberikan fokus kepada penggunaan alat-alat ICT, seperti Wallwisher dan Kidblog yang menjadi platform pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Wallwisher merupakan platform menarik yang digunakan dalam sesi perbincangan dan pembelajaran,khususnya penulisan karangan. Melalui kaedah ini, segala idea dan pendapat murid dapat dirangkum dan dimuat naik secara langsung. Maklum balas murid dan guru juga dapat disampaikan secara spontan. Ruang refleksi dan hasil kerja murid yang dimuat naik dalam Kidblog menjadi satu platform e-portfolio dan wadah perkongsian antara murid. Melalui Kidblog, murid membuat refleksi mengenai hasil kerja dan dapatan yang mereka akan kumpulkan untuk dikongsi bersama. Melalui pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer ini dapat membantu meningkatkan pemahaman murid, merangsang minat mereka dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.
Saya amat setuju web 2.0 sangat membantu dalam pendidikan. Contoh web 2.0 yang boleh digunakan oleh para pelajar ialah weblog, social networking seperti facebook dan wikipedia. Apabila pelajar menggunakan teknologi web 2.0, ia akan melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan baik, mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengutarakan pendapat serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Contoh teknologi web 2.0 adalah seperti; social networking sites, blogs, wikis, video sharing, hosted services, web applications, mashups dan folksonomies. Antara teknologi web 2.0 yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan "video sharing" atau perkongsian video. Secara asasnya, teknologi ini membenarkan individu untuk "upload" klip video kepada laman web atau internet. Malalui teknologi ini banyak video-video untuk pembelajaran boleh dikongsikan bersama pelajar di serata dunia. Rujukan maklumat dari pelbagai sumber seumpama ini dapat membantu keberkesanan dalam bidang pendidikan kerana pembelajaran secara grafik atau video adalah antara teknik yang sangat mudah dan berkesan dalam proses P&P.
Terdapat pelbagai aplikasi web yang sangat berguna pada masa kini, dan kebanyakkan web yang dibangunkan telah banyak digunakan dalam pendidikan. Laman web sosial yang kini pada dasarnya bertujuan untuk berhubung dengan rakan-rakan telah digunakan sebagai medium perantaraan untuk pembelajaran dan penggunaannya telah meluas bukan sahaja di Malaysia malah Negara-negara lain juga telah menggunakannya untuk tujuan P&P. Selain itu, Penggunaan blog juga telah semakin meluas, ianya tidak sebagai untuk menyampaikan maklumat, malah blog juga telah digunakan dengan meluas sebagai laman perbincangan, laman jualan langsung dan sebagainya.
1)Web 2.0 dapat memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual.
2)Ia juga memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa hal seperti user interface, model programming, ataupun model bisnes.
3)Dapat melakukan perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat.
4)Dapat menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelbagai lapisan masyarakat .
Selain kebaikan yang diperolehi..sedikit sebanyak ada juga kelemahannya
Contoh keburukan Web 2.0 :
1)Kita akan lalai kerana terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.
2)Seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.
3)Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi kita . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.
saya setuju dengan pendapat junainah yang mana web 2.0 membantu kita untuk mendapat maklumat. contoh yang paling mudah rakaman televisyen iaitu ASTRO TUTOR TV yang sangat membantu pelajar dalam pelajaran mereka. video tutorial juga boleh kita dapat di youtube yang mengandungi banyak infomasi mengenai pendidikan. suriyana ahmad samaludin
Kronologi Web 1.0 Senarai carian akan dipaparkan sekiranya terdapat laman web yang mempunyai tajuk hampir sama dengan frasa carian. Kebiasaanya keputusan sifar akan dipaparkan sekiranya melebihi tiga patah perkataan.
Kronologi Web 2.0 Agen Carian akan menyenarai hampir semua laman yang mempunyai kata kunci untuk setiap patah perkataan frasa dan keputusan carian yang mempunyai bilangan kata kunci terbanyak, paling hampir dan mempunyai relevansi kepada frasa carian akan dipaparkan.
Hasil keputusan tersangat banyak. Pengguna terpaksa mengunjungi satu per satu laman dan sekiranya hasil penemuan melibatkan 10 keputusan, pengguna terpaksa membuat perbandingan. Hasil keputusan mungkin mengandungi:
1. tempat-tempat pelancangon sahaja 2. tempat pelancongan di tepi pantai sahaja 3. budjet atau kos tempat pelancongan sahaja 4. budjet atau kos yang mempunyai nilai RM1000 5. merangkumi ke semua elemen di atas
Sekiranya Facebook, Twitter dan Youtube mampu mengendalikan konsep Web 2.0 dan menjadi ketagihan pengguna, Google dan Yahoo! menjadi sumber rujukan pencarian, mesti nanti kehadiran Web 3.0 bakal mengegarkan satu dunia internet yang mungkin akan melahirkan satu laman yang lebih canggihkan dan lebih pintar serta dapat memahami sifat dan kemahuan pengguna secara lebih spesifik....
Seiring perkembangan ilmu dan teknologi, media pembelajaran yang seiring digunakan adalah media pembelajaran melalui internet di mana pembelajaran sekarang dapat dilakukan melalui komputer yang mempunyai akses ke internet.sebagai contoh yang paling dekat dengan kita ialah FACEBOOK.Antara kelebihan fb ialah dilengkapi dengan email,kebolehan untuk menyediakan video dan gambar,kebolehan untuk berkongsi maklumat.fb juga merupakan laman sosial yang paling digemari dan ramai menggunakannya.fb boleh menghubungkan guru dgn pelajar, pelajar dengan pelajar.ia dapat meningkat interaksi antara guru dan pelajar.
Pada pandangan saya, teknologi web 2.0 amat membantu dan memberi impak yang meluas di dalam sistem pendidikan Malaysia di dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas membolehkan pelajar mencari maklumat dan informasi dengan lebih mudah dan berkesan. Kehadiran aplikasi Web 2.0 ini dilihat sebagai revolusi untuk menyebarkan maklumat secara meluas khususnya dalam bidang pendidikan. Terdapat banyak jenis aplikasi Web 2.0 seperti laman wiki, blog, laman perkongsian video, laman perkongsian dokumen, laman perkongsian foto dan rangkaian sosial yang jika digunakan sebaiknya dapat membantu sistem pengajaran dan pembelajaran . Contoh-contoh Web 2.0 ini adalah Wikipedia, BlogSpot, Youtube, SlideShare, Scribd, Flickr dan Facebook. Setiap halaman mempunyai hak sendiri berdasarkan fungsi mereka untuk menarik pengguna internet. Aplikasi Web 2.0 boleh memberikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat dan jika kita melihat dari sudut pembelajaran,ia juga dapat menjadi media yang berkesan dalam pendidikan. Pembelajaran menerusi web mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utamanya ialah
i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang berada di seluruh dunia. iii. Pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan juga pendidik. v. menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah, bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya
Rumusan Secara keseluruhan , web 2.0 bukan sahaja mempunyai kebaikan malah ada juga kekurangannya . Oleh itu , pengguna seharusnya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menjalinkan persahabatan melalui ruang maya kerana ia merupakan Dunia Tanpa Sempadan yang bermaksud tiada sekatan . Jadi , akhir kata , Mari kita gunakan Web 2.0 ini ke arah kebaikan serta agar ia dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
Asslamaulaikum... Pendapat saya pula...teknologi web 2.0 ini memang sangat-sangat membantu di dalam bidang pendidikan...ini dapat dilihat daripada statistik penggunaan internet di rumah dan di mana sahaja di kalangan pelajar...statistik ini menunjukkan bahawa pelajar di Malaysia lebih cenderung mencari maklumat dan berinteraksi semasa mereka melalui internet…Selain itu penggunaan Web 2.0 ini juga semakin meluas dikalangan para pendidik setelah usaha KPM untuk menerapkan kaedah penggunaan IT ini di dalam bidang pendidikan. Salah satu penggunaan Web 2.0 yang popular di kalangan guru dan pelajar ialah FACEBOOK..Melalui aplikasi web ini…pihak kementerian,sekolah dan terutamanya guru berupaya memantau aktiviti pelajar mereka..Pihak sekolah kini juga telah mempunyai laman mereka sendiri di dalam FACEBOOK ini..keadaan ini membolehkan perkongsian maklumat dapat dilakukan.. Teknologi web 2.0 ini juga meluas digunakan melalui aplikasi youtube..pendidik gemar mencari maklumat dalam bentuk video untuk menjadikannya sebagai salah satu bahan pengajaran..Sebagai contoh, fenomena ini dapat dilihat pada video yang diuploadkan oleh cikgu shida yang pernah menjadi kontroversi di dalam kalangan guru..Namun tindakan guru tersebut menunjukkan transformasi pendidikan yang berlaku..pelajar seronok, guru pula mudah untuk mengajar… Akhir kata…penggunaan Teknologi web 2.0 ini sangat membantu di dalam bidang pendidikan..
Cuba kawan-kawan sekalian fikirkan...bagaimana sekarang pun kanak-kanak kecil seawal umur 4 ke 6 tahun lebih pandai menggunakan web ini. malah boleh mengajar ibu bapa mereka pula dalam penggunaan web 2.0 ini...amazing...ini menunjukkan penggunaan web kini semakin lama semakin dipermudahkan penggunaannya terutamanya di bidang pendidikan.
betul tu hanis...sekarang ni pun kalau kita tengok banyak syarikat-syarikat atau kedai-kedai internet menawarkan tempat untuk belajar membuat website atau tutorial.Jadi,budak-budak sekolah boleh lebih maju dan tahu perkembangan teknologi.Mereka boleh belajar teknik-teknik dan cara membuat website secara percuma.ini memberi pendedahan awal kepada mereka.ini dari sudut pendidikan..malah banyak faedah dari sudut dan bidang lain juga.
Saya bersetuju dengan suhaida... selain itu terdapat perisian pembangunan blog yang diberikan secara percuma kepada pengguna di internet seperti blogspot dan wordpress. Dengan ini, pengguna dapat mebina blog mereka tanpa mengeluarkan wang mereka sendiri.... Pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui blog-blog pendidikan...
maaf puan, terkeluar tajuk sikit. saya nak share pengetahuan baru saya.hari ini 23hb. kenapa smua yang di post ditulis post 22hb. memang saya baru nampak dan tahu. dan saya percaya ramai lagi kawan-kawan saya tak tahu. kawan-kawan perasan tak?
Setuju dengan pendapat Aishah..facebook dan twitter adalah teknologi web 2.0 yang paling diminati oleh pelajar sekarang. Ini kerana ia mudah dicapai oleh pelajar walau dimana-mana sahaja dan menarik dari sudut interface dan kegunaanya yang pelbagai.
Teknologi web 2.0 sangat membantu dalam pendidikan kerana pelajar mendapat maklumat dengan cepat dan tepat begitu juga guru boleh mencapai/mendaptkan maklumat melalui web 2.0 untuk di jadikan bahan sebelum P&P. antaranya ialah: Bagaimana – melalui perkongsian media seperti youtube, scribd dan flickr - Youtube – contohnya kita membangunkan video yang berkaitan dengan matapelajaran pendidikan moral untuk pelajar tingkatan 5. segala maklumat dan nota kita selitkan bersama video dan kita terapkan sekali elemen multimedia untuk menarik minat pelajar. Oleh itu pelajar akan lebih bersemangat untuk menggunakan video kita sebagai bahan rujukan mereka. http://1kemahiranhidup.blogspot.com/2011/06/jahitan.html - Scribd – contohnya bangunkan nota/ mindmap sejarah dalam bentuk power point dan kita upload di dalam scribd. Dengan cara ini pelajar boleh memuat turun nota kita sebagai rujukan mereka. http://www.scribd.com/doc/54175312/matematik - Melalui penggunaan Wiki dalam pendidikan – Wiki merupakan satu media yang amat berguna untuk guru dan juga pelajar. http://www.wikispaces.com/ . pengetahuan baru dari wiki amat membantu kita semasa P&P. - Blog/wordpress – guru membangunkan blog dengan muat naik (upload) nota, latihan atau video yang berkaitan dengan subjek yang di ajar. Guru juga boleh membuat perbincangan topic yang diajar di dalam blog berkenaan. http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-1-bab1-nombor.html
Sambungan, terdapat pelbagai aplikasi blog yang percuma seperti wikispaces dan wordpresscom yang menyediakan perkhidmatan blog yang mudah untuk kegunaan golongan pendidik dan pelajar.Blog ini dapat membantu dan mengajar para pelajar tentang cara baru untuk berhubung/komunikasi disamping menghasilkan penulisan yang baik untuk menengahkan pendapat mereka. Manakala kaedah pengajaran menggunakan visual pula membantu guru dan pelajar untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu perkara atau topik dengan jelas . Antara laman web paling banyak menawarkan perkhidmatan perkongsian foto ialah flickr dan photobucket. Selain google video, youtube juga menyediakan ruang pendidikan video yang menarik dan membantu guru dan pelajar untuk pemahaman lebih tentang sesuatu perkara atau tajuk yang tidak dapat dibuat secara realiti atau berulang kali. Manakala Wikipedia pula amat berguna untuk mendapatkan maksud atau maklumat tentang sesuatu perkara.Wiki juga membolehkan pengguna untuk mengedit maklumat baru dalam laman tersebut.
Assalamualaikum Pn Marlina.. Sebenarnya sebelum ini saya ada miskonsepsi di mana saya fikirkan semua web di internet itu adalah sama. Setelah penerangan di dalam kelas tempohari, baru saya tahu bahawa wujudnya web statik dan web dinamik. Ini merupakan kefahaman baru bagi saya. Jadi teknologi web 2.0 ini adalah perubahan dari web yang statik iaitu kita hanya boleh membaca maklumat sahaja berbanding dengan web dinamik yang boleh memberi maklumbalas segera contohnya apabila kita memasukkan password yang salah di sesuatu laman web, ia akan memberi tindakbalas segera menyatakan yang password dimasukkan adalah salah. Pada pendapat saya Web 2.0 ini memang amat membantu dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh Video Cast. Ia lebih kurang sama dengan RSS dan POD Cast iaitu kita boleh muat turun bahan audio atau video digital dari internet ke komputer ataupun gajet pemain mudah alih di mana pelopor terawal ialah Apple iPod. Kandungannya sentiasa terkini kerana ia akan dikemaskini secara automatik. Pada pendapat saya ia dapat diaplikasikan dalam pendidikan adalah dengan cara: 1. Video tutorial - contohnya video di laman YouTube yang memaparkan cara-cara untuk membangunkan laman web dan sebagainya. 2. Rakaman televisyen - contohnya rakaman bencana alam gunung berapi yang boleh disimpan dan diulang tayang kepada pelajar untuk subjek Geografi dan sebagainya. 3. Contoh tugasan melalui fungsian paparan gajet - contohnya guru tidak perlu membawa bahan sebenar (yang mungkin agak sukar didapati) ke dalam kelas.
Assalamualaikum puan.. Saya ingin menambah sedikit berkenaan Slideshare oleh Azida. Slideshare ini adalah contoh web 2.0 yang baik di mana ia dapat memberi faedah dalam pendidikan kerana kita boleh berkongsi maklumat dengan muat turun dokumen yang berkaitan dengan percuma. Kebanyakan maklumat yang kita ingin perolehi ada di situ dan boleh dikongsi dengan pelajar serta guru. Sebelum memuat turun dokumen, Slideshare meminta pengguna untuk memuat naik dokumen kita. Ini bermakna ada 'give and take' di situ. Kita hendakkan sesuatu, jadi kita perlu beri sesuatu juga. Inilah caranya maklumat tadi akan berkembang dan tersebar luas. Selain Slideshare, Scribd juga mempunyai konsep yang sama.
Please discuss....your idea are valuable :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesalam. Teknologi web 2.0 telah melanda dunia. Daripada web statik kepada web dinamik yang lebih fleksibel...komunikasi web ini berbentuk dua hala dan bukan hanya penyampai informasi semata-mata..
ReplyDeletenur fadhillah saleh
secara ringkasnya web 2.0
DeletePengguna komputer => lihat RSS Reader => melayari website => baca/lihat =>meletakkan komen / tulis posting / edit kandungan / upload photo => lihat / bacakomen rakan lain => balas komen/posting rakan-rakan => tinggalkan website =>tutup browser.
suriyana ahmad samaludin
Salam Pn. Marlina dan kawan2..
ReplyDeleteSebelum semua beri pendapat, kita tgk dulu cth web 2.0 yg terdekat dgn kita..
Web 2.0 merupakan perkembangan teknologi terkini yang bermula pada 2001 selepas web 1.0. Content bagi Web 2.0 mempunyai beberapa kelebihan seperti:
1) tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung juga boleh mengendalikan pada content web tersebut.
2) pengunjung juga dapat memberi komen
3) bekomunikasi antara satu sama lain
Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 ialah:
Youtube dan facebook
-Azida Aziz_
Ya, saya setuju dengan azida, selain web 2.0 sebagai rangkaian social, ada lagi aplikasi yang mendokong web 2.0 ini iaitu aplikasi teknologi blog, wiki, podcast. Teknologi ini berkembang dengan pesat seiring dengan keperluan generasi y yang lebih moden, bebas serta lebih terbuka pemikiran serta gaya hidupnya.
DeleteContohnya podcast yang merupakan satu teknologi yang membenarkan gajet pemain media mudah dan computer peribadi mencapai bahan audio dan video digital dari internet. Kandungannya sentiasa dikemaskini secara automatic jika terdapat sebarang masukan baru dari sumber atau penyedia perkhidmatan. Teknologi ini semakin popular dalam pendidikan masa kini.
• Ianya digunakan untuk menyalurkan maklumat serta berkongsi bahan pengajaran
• Guru dapat menyiarkan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan
Melalui fungsi paparan gajet.
Nur Fadhillah Saleh
Setiap orang bagi satu contoh dan bincangkan macam mana teknologi tersebut boleh membantu dalam bidang pendidikan...
ReplyDeleteSalam Sejahtera...
DeleteTeknologi Web 2.0 menyediakan guru dengan kaedah baru untuk membawa pelajar dengan cara pembelajaran dan pengajaran yang sangat signifikan.Kanak-kanak yang dibesarkan dengan pelbagai teknologi media baru merupakan generasi yang mempunyai ciri-ciri atau nilai-nilai kesabaran yang sangat minimum apabila diminta untuk melaksanakan pembelajaran dengan cara tradisional seperti menulis kertas kerja dan mendengar guru memberi ceramah. Ini adalah disebabkan kanak-kanak generasi IT ini secara sedia ada telah terlibat dengan peredaran teknologi dunia tanpa sempadan.
Kemunculan teknologi web 2.0, menunjukkan kepada pelajar bahawa pendidikan adalah satu entiti yang berkembang mengikut peredaran teknologi maklumat. Samaada ia merupakan pendidikan yang melibatkan perbincangan kelas atau kelas perbincangan melalui forum, teknologi web 2.0 dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam perbincangan kelas web 2.0.
Contohnya kemunculan pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui blog, Wikis, Podcast dan pelbagai “Powerful Web tools” yang digunakan untuk bilik darjah dapat memberi perubahan yang sangat signifikan terhadap P&P yang disampakan kepada pelajar. Peralatan Web 2.0 sememangnya diperlukan di dalam bilik darjah bagi menyediakan guru dan pelajar dalam arus perubahan P&P. Teknologi ini, membenarkan guru memberi ruang kepada pelajar untuk mengawal kehendak mereka sediri dalam menetukan apa yang dikehendaki dalam P&P. Teknologi ini juga akan membawa pelajar dan guru ke arah penerbitan sendiri secara pantas dan bebas. Namun begitu, batas-batas kebebasan murid masih lagi memerlukan pemantaun guru sebagai pendidik.
Pembelajaran dalam kelas dengan teknologi Web 2.0 akan menggalakkan pelajar berkoloborasi dengan rakan sebaya. Para guru pula dapat mencipta satu suasana baru yang lebih terbuka dalam P&P di mana para pelajar akan dijangka untuk terus kekal dan terlibat dalam perbincangan kelas pembelajaran yang sedia ada tanpa had masa.
Sebagai contoh Weblogs merupakan platform menyimpan kandungan yang banyak dan tidak statik dapat memberikan satu koloborasi yang siginifikan dalam P&P khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Weblog memberikan pelajar ruang umum untuk berinteraksi antara satu sama lain dan juga dapat berinteraksi dengan kandungan P&P yang dimuatkan dalam weblog tersebut.
Contoh-contoh Web 2.0 tools yang boleh digunakan oleh para guru dalam pendidikan adalah seperti:
• RSS
• Podcasting
• Wikipedia
• Flickr
• Youtube
• Edublog
• Wetpaint
• Slideshare
• Google doc
• Del.icio.us
-Hatimah Abdul Hakim-
Teknologi Web 2.0 lebih menekankan
ReplyDeletepada social network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti blog, facebook, wikipedia dan youtube. Teknologi web 2.o sangat membantu dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pencarian maklumat. Sebagai contoh, Wikipedia boleh digunakan dalam pencarian maklumat. Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang mempunyai pelbagai maklumat di dalamnya. Melalui wikipedia juga, perkongsian maklumat boleh dilakukan dengan mengupload nota dan maklumat yang berkaitan. Antaramuka yang mudah juga memudahkan pengguna untuk melakukan pencarian maklumat. Sebagai contoh, jika para pelajar ingin mengetahui berkenaan tajuk multimedia, para pelajar hanya perlu memasukkan perkataan "MULTIMEDIA" dan menekan butang search. Selepas itu, paparan berkenaan tajuk multimedia akan dipaparkan di Wikipedia..
NUR ELYANI AZMI
Setuju dengan Elyani... Wikipedia sangat membantu dalam mencari maklumat. Sangat menjimatkan masa. Kebanyakan info dapat dicari melalui wikipedia.
DeleteSEBARIAH MUHAMMAD
Saya bersetuju dengan ulasan yang diberikan oleh Elyani berkenaan penggunaan wikipedia sebagai ensiklopedia bebas yang memberikan banyak maklumat untuk pelbagai topik dan persoalan. Teknologi seperti ini sudah tentu memberi kemudahan dalam dunia pendidikan samada kepada golongan pendidik mahupun pelajar.
DeleteWikipedia adalah merupakan laman web di mana pengguna boleh manambah, mengubahsuai dan memadam isi kandungannya menerusi "web browser" dengan menggunakan "markup language" yang mudah seperti HTML.
Khadijah Binti Awaludin...
Gelombang web 2.0 telah melanda dunia.Kesannnya amat mendalam kepada sistem pendidikan.Pada pendapat saya,teknologi web amat membantu dalam bidang pendidikan terutamanya pada zaman ICT yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia.Contohnya seperti:
ReplyDelete1)Enseklopedia Bebas Wikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai satu rujukan dalam pelbagai bahasa. Contohnya pelajar atau guru hendak mencari maklumat tentang sesuatu tajuk/perkara, maka sistem wiki ini boleh membantu memberikan segala maklumat berkaitan yang dikehendaki.
-JUHAIDAH BINTI HAJI MASLI-
Ya betul, saya setuju dengan ju, dalam bidang pendidikan Ensiklopedia bebas Wikipedia (en.wikipedia.org) merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wikipedia berfungsi sebagai sebuah sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa.
DeleteInovasi terkini seperti wiki diperkenalkan oleh Wikispaces (www.wikispaces.com) juga merupakan sebagai salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan.
Nur Fadhillah Saleh
yer betul fadila, inovasi terkini seperti wiki juga diperkenalkan oleh WIkispaces.Cuma saya rasa, kita semua lebih menggunakan wikipedia.Jadi selepas ini, rakan2 semua mari kita semua gunakan inovasi terkinini WIkispace..:)
Delete-JUE MASLI-
This comment has been removed by the author.
Deletesaya sokong...tetapi cuma satu kelemahan wikipedia...disebabkan aplikasi ini membenarkan pengunjung untuk membuat pengeditan...maka kebanyakan pihak universiti tidak menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk menjadikan wikipediaa sebagai bahan rujukan untuk diletakkan didalam tesis mereka...ini kerana ditakuti info yang terdapat didalam wikipedia kemungkinan info yang tidak diketahui kesahihannya...walaupun begitu, wikipedia masih mampu memberikan kita maklumat yang berguna....
Delete-Siti Nurhanis Binti Hashim-
salam..fungsi web juga membenarkan kita berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat dunia tanpa sempadan.para pelajar boleh menndapat maklumat dengan pantasdan percuma.perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan.contoh www.wikispace.com adalah salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan.ia menyediakan ruang kepada pengguna untuk melabel kawasan dalam webnya.Potensi penggunaanya amat meluas dan mampu berkembang dalam pelbagai bidang lain.
ReplyDeleteSelain itu, banyak maklumat menarik dan tersedia dalam web seperti dalam bentuk pangkalan data,dokumen,maklumat kerajaan,bibliografi atas talian dan lain-lain.Teknologi web juga mampu menggabungkan audio,video dan animasi dalam satu dokumen yang sama.
Maklumat-maklumat yang mudah di akses ini memudahkan guru dan pelajar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Sekian..
Suhaida Bt Mohd
Teknologi web 2.0 sangat membantu dalam bidang pendidikan. Teknologi web 2.0 adalah satu aplikasi yang wujud dalam platform web seperti blog, facebook dan sebagainya. Definisi kepada teknologi web 2.0 adalah sebagai satu rangkaian platform untuk sesi perbincangan yang melibatkan semua peranti yang bersambungan dan membentuk dunia maya. Ia membolehkan komunikasi dua hala dijalankan.
ReplyDeleteNorazalina Sahudi
saya setuju dengan pendapat Azida Aziz bahawa contoh yang paling ketara dan popular sekarang ialah youtube dan facebook.Mari kita berbicang bagaimana kedua2 platform ini boleh membantu dalam pendidikan?Pada pendapat saya melalui facebook,kita mudah untuk berhubung sepanjang masa dengan rakan sekelas, guru/pensyarah, juga rakan lain yg belajar di tempat yg lain untuk sama2 berkingsi ilmu/maklumat.Melalui youtube pula kita boleh mendapatkan segala video yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran..
ReplyDelete-JUHAIDAH BINTI HAJI MASLI_
Setuju, youtube sangat membantu sekiranya kita menggunakannya dengan tujuan yang betul.Jika dilihat dari perspektif pendidikan,youtube memberi kita kelas maya yang tanpa sempadan dan tidak mengira siapakah audiance. kita bebas mencari apa sahaja subjek target tanpa sebarang yuran yang dikenakan.kita juga boleh merakam video kelas maya kita sendiri dan muat turun dalam youtube,seterusnya video itu boleh dicapai oleh sesiapa sahaja di serata dunia..!
DeleteZALIFAH RAMLY
saya juga bersetuju dengan pendapat diatas. Dengan adanya video daripada youtube kita dapat memberi contoh dengn lebih jelas. Apa yang ingin disampaikan adalah lebih dan dapat dilihat terus oleh pelajar jika dibandingkan dengan hanya penerangan secara verbal sahaja. Video-video tersebut haruslah yang bersesuai dengan apa yang ingin disampaikan dalam p&p. Dengan kaedah ini kita dapat menjimatkan masa p&p dan kita boleh menggunakan masa tersebut untuk membuat latihan bagi membuat penilaian kefahaman pelajar.
Deletenur syafiza ramli
Ya. Teknologi web 2.0 sangat membantu dalam bidang pendidikan. Ini kerana dengan penggunaan teknologi ini dapat menarik pelajar agar turut aktif dalam pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana penggunaan teknologi ini bercorak dua hala di mana pelajar dapat memberi maklumbalas, menyumbangkan idea dan pendapat secara spontan dan segera.
ReplyDeleteContoh paling mudah ialah penggunaan blog sekarang ini. Blog juga merupakan teknologi web 2.0. Di sini, pensyarah memberikan soalan dan pelajar akan segera memberi maklum balas dengan menyatakan idea masing-masing mengenai tajuk yang diutarakan. Secara tidak langsung, ini menunjukkan komunikasi dua hala telah berlangsung melalui salah satu teknologi web 2.0 ini iaitu Blog.
Kesimpulannya, jelaslah di sini, penggunaan Teknologi Web 2.0 sangat membantu dalam pendidikan.
-Juhana Abd. Manan-
Contohnya Blogger (www.blogger.com) dan Worpress (www.wordpress.com) merupakan penyedia laman blog yang berjaya...
DeleteDalam bidang pendidikan, hampir setiap sekolah mempunyai blog mereka sendiri... samaada untuk web sekolah atau web subjek.
Nur Fadhillah Saleh
contohnya dalam blog sekolah, banyak maklumat yang boleh diperolehi oleh pelajar seperti aktiviti-aktiviti yang berlaku sepanjang sesi persekolahan mereka. dari situ mereka dapat mengetahui apa perkara yang berlaku di sekolah dan mereka tidak dikatakan 'katak di bawah tempurung'. Web ini juga haruslah sentiasa dikemaskini supaya dapat menarik minat pelajar melayari web tersebut. Sebenarnya jika web sekolah digunakan dengan betul maka terlalu banyak maklumat berguna yang disampaikan kepada pelajar.
DeleteSalam..
ReplyDeleteTeknologi web 2.0 merupakan anjakan teknologi dalam aplikasi internet.Antara aplikasi yang ada dalam web 2.0 ini ialah facebook,blog-blog,youtube dan tidak terkecuali semua jenis komunikasi melalui online.
Saya mengambil contoh penggunaan blog dalam pendidikan. Cara penghasilan blog yang sangat mudah membolehkan kita memanafaatkan aplikasi ini untuk pembelajaran. Melalui blog,kita boleh menghasilkan satu platform informasi berkaitan mata pelajaran,perbincangan maya bersama pelajar dan sekaligus menjadikan blog sebagai tempat rujukan.Bukan itu sahaja,guru juga boleh berkongsi info-info terkini dengan mudah dan pantas di laman blog masing-masing.Selain itu,banyak data dapat disimpan dan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
Pada pendapat saya,aplikasi blog dlm teknologi web 2.0 ini sangat membantu dalam perkembangan pendidikan zaman kini..
ZALIFAH RAMLY
setuju, mungkin soalan-soalan peperiksaan juga boleh diperolehi daripada blog-blog guru kerana kadangkala pelajar kurang berminat untuk ke kedai buku bagi mencari buku berkaitan dengan pelajaran. Mereka lebih senang duduk di hadapan komputer dan maklumat tersebut boleh dicapai dengan mudah.
DeleteSalam..
ReplyDeleteTeknologi web 2.0 amat membantu dalam bidang pendidikan pada masa kini kerana kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi laman web sosial yang terdapat dalam internet. Selain itu, mereka yang terlibat dalam pendidkian dapat mempelbagaikan cara komunikasi, menyebarkan maklumat dan memperkembangkan lagi kreativiti dalam penyampaian sesuatu mesej dan maklumat menerusi internet.
Contohnya ialah blog.. Pada masa kini, blog bukan sahaja dimiliki oleh seorang individu tetapi juga sesebuah organasisi turut menggunakan blog dalam perkongsian maklumat. Contohnya blog sekolah utk menyampaikan dan berkongsi segala maklumat terkini yang terdapat di sekolah.. Pelbagai pendekatan kreativiti yang menarik dapat kita lihat menerusi blog sesebuah sekolah.. Menerusi blog sekolah ini dapat menarik minat pelajar dan ibu bapa supaya terlibat aktif dalam segala aktiviti sekolah..
-Azida Aziz-
Teknologi web 2.0 membantu dalam pendidikan. Ini kerana ia boleh dilayari di mana-mana, mudah dan pantas. Kita tidak semestinya perlu ke perpustakaan untuk mencari ilmu. Kita tidak perlu membawa buku yang banyak sebagai bahan rujukan, cukup sekadar sebuah komputer riba untuk di bawa ke mana-mana. Contohnya penggunaan blog pendidikan dan penggunaan rangkaian laman sosial seperti blogspot, facebook dan scribd.
ReplyDeleteNURUL MASLIZA BINTI ROSLI
Saya mengambil contoh penggunaan Scribd. Scribd boleh digunakan untuk kita berkongsi maklumat dan merupakan laman komunikasi pembacaan terbesar. Hanya dengan cara membuka akaun scribd kita boleh 'upload' segala maklumat atau kajian yang kita perolehi ke dalam scribd. Kita juga boleh muat turun fail dan maklumat dalam scribd. Dengan teknologi ini, kita boleh mendapatkan jurnal-jurnal dan bahan-bahan ilmu dengan mudah dan pantas serta menjimatkan masa dan tenaga.
DeleteNURUL MASLIZA BINTI ROSLI
Salam Puan Marlina dan rakan-rakan
ReplyDeleteSeperti yang kita tahu Web 2.0 adalah bersifat web dinamik yang mempunyai interaksi dua hala.Sebagai contoh aplikasi web 2.0 ialah Wikipedia iaitu sebuah ensiklopedia online terbesar.Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk mengedit dan membuat artikel. Jaringan pengetahuan dapat dikongsi bersama. Dalam bidang pendidikan pula Wikipedia ini amat berguna sebagai rujukan pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Selain itu Wikipedia juga mempunyai forum dan laman discusion online yang membolehkan pengguna saling berinteraksi antara satu sama lain.
-Zaharah Binti Ibrahim-
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
ReplyDeleteTeknologi Web 2.0 telah memberi impak yang besar dalam bidang pendidikan. Melalui teknologi ini, guru-guru dapat mencari rujukan yang mudah dan cepat. Selain itu, dapat juga bertukar pendapat dan pandangan dengan orang ramai contohnya penggunaan blok. Melalui Teknologi Web 2.0 juga pelajar-pelajar mencari pelbagai maklumat yang diperlukan dalam pelajaran melalui carian seperti google, yahoo.
Roslinda Bidin
Salam Pn
ReplyDeleteWeb 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik dan fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampaian informasi semata-mata. Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksi yang terbatas. Kini, dengan pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka merentasi sempadan negara.
Pada pendapat saya web 2.0 dapat membantu dalam bidang pendidikan sebagai contoh blog. Blog membenarkan pemiliknya berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat tanpa batasan. Penulis blog mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data atau maklumat dalam laman. Kandungan dapat disebarkan lebih pantas dan percuma. Setiap maklumat yang dikongsi akan dinilai oleh pembaca dan mereka boleh berkomunikasi dengan penulis secara terus sekiranya ingin memberikan maklum balas. Dengan kata lain apa yang kita lakukan sekarang iaitu discussion online adalah salah satu contoh yang paling dekat untuk berkongsi maklumat tentang sesuatu topik.
NUR SHARIZAH BT MOHD SHAH
LB 110118
Salam..
ReplyDeleteTeknologi web 2.0 dapat membantu bidang pendidikan pada masa kini kerana kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi laman web sosial yang terdapat dalam internet.
Contoh teknologi web adalah Educational blogging atau blog pendidikan. Ia boleh menjadi alat pengajaran yang berkesan di dalam pendidikan. Blog boleh diumpamakan sebagai pentas perdebatan dialam maya. Blog pendidikan adalah perkhidmatan blog dimana orang ramai berbincang mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan. Blog dapat mengajar para pelajar cara baru untuk berkomunikasi, dan memperbaiki cara penulisan. Dengan wujudnya blog mereka dapat bertukar-tukar pendapat dengan pelajar lain diseluruh pelosok dunia. Blog pendidikan boleh digunakan oleh pelajar dan juga para pendidik sendiri. Pendidik lebih cenderung untuk menulis mengenai berita sekolah, falsafah, dan juga aktiviti kelas di dalam blog. Seperti yang diketahui pendidik menghadapi pelbagai konflik berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran semasa sesi di dalam atau di luar kelas. Pendidik dapat menambah pengetahuan dalam menghadapi konflik berdasarkan pengetahuan, pendapat dan pengalaman pendidik lain di seluruh pelosok dunia dengan adanya medium seperti blog pendidikan ini. Sebaliknya pelajar cenderung untuk menulis mengenai isu semasa, mengenai diri sendiri dan topik yang berkaitan dengan pendidikan yang baru diperoleh samaada di dalam kelas ataupun di luar kelas.
Norazalina Sahudi
salam semua...selain itu,melalui teknologi web ini juga,kita dapat menggunakan Kamus online di mana pelajar/guru boleh menggunakan sepenuhnya aplikasi ini dalam usaha untuk menterjemahkan sesuatu perkataan.Terjemahan ini boleh dilakukan samaada dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu atau sebaliknya.Contohnya pelajar ingin mencari maksud "preparation:, maka pelajar tersebut hanya perlu memasukkan perkataan tersebut ke dalam aplikasi Kamus Online ini.Dengan menekan butang "submit" sahaja,maka maksud yang dicari akan dipaparkan..
ReplyDelete-JUHAIDAH BINTI HAJI MASLI_
Assalamualaikum Pn Marlina,
ReplyDeleteTeknologi web 2.0 merupakan platform yang menunjukkan satu kemajuan dalam dunia internet dalam menyampaikan informasi. web 2.0 juga menjadi rangkaian yang mampu dijalankan melalui internet.Teknologi web 2.0 ada interaksi iaitu membolehkan pengguna samaada pelajar dan guru untuk bersama-sama berkongsi maklumat didalam aplikasi yang sama,boleh di edit dan ianya dinamik berbeza dengan web 1.0 yang statik dan tidak ada interaksi. contoh web 2.0 ialah chat, discussionboard, blog.
SEKIAN, TERIMA KASIH
NOR HALIZAWATI MUHAMMAD
salam puan...
ReplyDeletepada pandangan dan pengalaman saya teknologi 2.0 memang sangat membantu dalam bidang pendidikan. teknologi ini lebih mudah digunakan dan lebih "user friendly". Teknologi ini menggabungkan HTML, CSS, JavaScript, XML, dan AJAX dalam pembangunan web. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk laman web rangkaian sosial, blog, wiki, halaman perkongsian video dan halaman perkongsian grafik.
web 2.0 membolehkan guru dan pelajar berinteraksi secara maya. Pendidik dan pelajar bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.Pembelajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pengajar atau institusi pengajian
Contoh dan bagaimana teknologi web 2.0 membantu adalah seperti berikut:
1. BLOG
Kandungan blog yang melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog serta laman web lain yang berkaitan. guru dan pelajar boleh mengadakan forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan, membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan. Guru dan pensyarah tidak perlu menguasai kemahiran pengaturcaraan (programming) untuk menghasilkan laman blog mereka sendiri.
RANGKAIAN SOSIAL
FACEBOOK yang popular pada masa kini membolehkan sekolah membentuk komuniti di alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria.
FORUM ATAS TALIAN(Online Forum)
laman perbincangan secara atas talian yang dituju khas kepada sesuatu tajuk yang spesifik. Forum membolehkan guru dan pelajar menghantar maklumat atau mesej dan membaca mesej orang lain. Misalnya seorang pelajar membuka satu tajuk perbincangan dan bertanyakan pendapat orang lain.pelajar dan guru membalas dan akan terhasilnya satu perbincangan di situ.
-siti aishah bt ab rahim-
Teknologi Internet pada peringkat awal seperti e-mel, laman web dan kumpulan berita telah memberi nilai tambah kepada penyampaian pengetahuan dalam bilik darjah tradisional. Kini teknologi Internet semakin berkembang dengan kemunculan teknologi Web 2.0. Teknologi Web 2.0 seperti blog, wiki dan laman rangkaian sosial akan 2memautkan maklumat kepada orang-orang yang saling berhubung. Ini bermakna dimensi bidang pendidikan akan berubah hasil daripada perkembangan teknologi yang
ReplyDeletepesat ini. Menerusi penggunaan teknologi Web 2.0, para pelajar tidak lagi mencapai web untuk mendapatkan maklumat semata-mata, sebaliknya mereka mencapai dan membina pengetahuan secara kolektif menerusi interaksi social.Antara aktiviti yang boleh diintegrasikan di dalam P&P ialah:
Pembinaan Blog
Mengemaskini maklumat baru seperti kerja rumah dan tugasan.
Menggunakan komen dalam blog dapat menggalakkan pelajar membantu antara satu sama lain dalam penulisan mereka dan mendapatkan respon terhadap satu soalan tanpa mendapat beberapa jawapan yang sama.
Perkongsian Video(Video Sharing)
Membangunkan video perkembangan professional berdasarkan terma sendiri, mencipta video mata
pelajaran tertentu dengan pelajar; menggunakan laman perkongsian video untuk mencari video-video isu semasa dll
-Sharmila-
This comment has been removed by the author.
Deletesaya sokong pendapat sharmila. Penggunaan blog dapat mengurangkan penggunaan kertas(Paperless).Guru boleh muat naikkan nota dan latihan melalui blog sahaja.
Delete-NAGESWAREY-
salam,
ReplyDeletePada pendapat saya teknologi web 2.0 salah satunya ialah blog. Dengan adanya blog ia dapat membantu dalam bidang pendidikan.
Blog merupakan aplikasi web yang memudahkan pengguna menerbitkan berita, idea, cerita, pendapat, hasil-hasil penulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain atau sekadar terbitan peribadi. Contohnya jika suatu kelas itu tidak dapat dijalankan maka guru tersebut boleh menggunakan blog sebagai media pertemuan dengan pelajar. Walaupun kelas tidak di tempat biasa kelas tersebut masih boleh dijalankan. Guru boleh memuatkan maklumat tersebut di dalam blog dan pelajar-pelajar dengan mudah dapat mencapai maklumat tersebut. Soalan-soalan tugasan juga boleh dibincangkan di blog yang mana pelajar-pelajar akan terus menjawab soalan tersebut dan jawapannya akan terus dapat dibaca dan semak oleh guru mereka.
Pelajar juga lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada guru mereka kerana mereka boleh memperolehi maklumat-maklumat atau nota pembelajaran mereka di blog-blog guru mereka.
Bagi melayari blog, pelajar boleh menggunakan browser seperti Internet Explorer, Firefox dan lain-lain lagi.
nur syafiza ramli
Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan telah menjadi semakin popular. Kelebihan Web 2.0 ialah
ReplyDelete• Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dengan kos yang minima.
• Melaksanakan pembelajaran kolaborasi melalui Google dan Twitter.
• berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel
Contohnya Twitter dalam pendidikan:
Melalui papan twit guru boleh maklumkan tentang perubahan jadual,perubahan kandungan kursus dan sebagainya. Pelajar juga boleh membuat rumusan bab atau artikel dan boleh menerbitkan ringkasan isi-isi penting bab tersebut.Pelajar dapat berkongsi maklumat tentang topic pembelajaranya dari semasa ke semasa. Guru boleh mengadakan perbincangan mengenai topic yang diajar di luar waktu sekolah melalui twitter. Ini membantu pelajar mengambil bahagian dan menjadi platform untuk perbincangan dan segala masalah yang pelajar hadapi dalam pembelajaran boleh diatasi dengan lebih mudah.
-NAGESWAREY-
ya.. kenyataan dari zalifah di sokong dan dikuatkan lagi dengan contoh-contoh blog yang pesat berkembang dan sangat popular untuk tujuan mengumpul dan berkongsi ilmu seperti www.wikia.com,www.wikitravel.org,dan wikipedia.com. selain itu, aplikasi blog yang boleh di manfaatkan dalam buku harian pelajar ialah www.blogdrive.com,www.blogspot.com atau www.blogger.com.
ReplyDeleteSuhaida Mohd
salam..saya sokong pendapat zalifah dan Suhaida. saya cuma ingin menambah satu lagi contoh web 2.0 iaitu www.Amazon.com Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya lengkap dengan info buku, tetapi juga lengkap dengan aplikasi seperti review, kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya. Ini sebenarnya amat berguna dalam bidang pendidikan
DeleteSemakin banyak pihak berlumba-lumba untuk menyediakan layanan yang semakin user friendly. Hingga memunculkan sebuah istilah baru dalam dunia internet, sebuah aplikasi berbasis web yang biasa disebut dengan Web Generasi Kedua ( Web 2.0 ).
ReplyDeleteHadirnya konsep web 2.0 menciptakan bentuk komunikasi yg lebih dinamis, revolusi daripada bentuk statik.
Dengan Web 2.0 ini telah mengubah paradigma masyarakat internet tentang proses pembuatan dan cara kerja sebuah website yang dahulunya dianggap susah. seperti PHP, ASP dan HTML.
Web 2.0 membolehkan orang yang buta sama sekali tentang internet, untuk membuat sebuah aplikasi web base dengan adanya pelbagai alat dan software dalam membangunkan sesebuah website. Ia merupakan cara baru dalam melakukan templet design, yakni dengan CSS table membuat website tampil dengan elegan, profesional dan dinamik serta menghadirkan interaksi sosial di dunia maya, yang kini sudah menjadi keperluan sehari-hari. Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri iaitu share, collaborate dan exploit.
Web 2.0 hadir seiring dengan peningkatan pengguna blog seperti, Friendster, Myspace, Youtube dan Fickr. Jadi disini kehidupan sosial di dunia maya benar-benar terasa.
Jadi, Teknologi Web 2.0 membantu pelajar dalam pembelajaran aktif, konstruktif, autentik, bermatlamat dan koperatif. Di antara aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan internet adalah seperti yang berikut:
Delete1. Merekacipta laman web
Membina pengetahuan yang melibatkan pengumpulan idea baru, membandingkan idea dengan struktur sedia ada, mengenalpasti dan memperbaiki perbezaan pendapat di antara apa yang telah diketahui dan apa yang sudah diketahui, dan mengubahsuai pendapat yang sedia ada jika diperlukan. Justeru itu, membina laman web merupakan aktiviti kontruktivitis yang melibatkan pelajar dalam hakcipta rekaan sendiri dan kesan penerbitan.
Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat penyalinan.
Secara pedagoginya, laman web dapat menyediakan bahan kuliah yang terancang sejajar dengan keperluan tajuk dan kurikulum. Kebaikan pembelajaran menerusi laman web adalah:-
a. Bahan pengajaran dalam bentuk laman web bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran pengajar ketika atau selepas kuliah.
b. Menyediakan ruang untuk pelajar berinteraksi dengan pengajar menerusi e-mel.
c. Menggalakkan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet untuk tujuan pembelajaran.
d. Menyebarkan maklumat kuliah supaya dapat dicapai oleh pelajar di mana-mana sahaja dengan menggunakan teknologi internet.
2. Menyokong pembinaan pengetahuan sosial melalui komunikasi pakatan kerjasama.
Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi banyak topik menarik yang boleh dirayau oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai maklamat dalam pembelajaran mereka. Hanya pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mengikuti matlamat pengajaran, serta pandai membuat keputusan sahaja yang akan mendapati penggunaan internet ini merupakan satu sumber pembelajaran yang mengagumkan.
3. Mentor siber : Komunikasi melalui internet
Internet menyediakan pelbagai cara untuk berbincang tanpa sempadan tempat atau negara. Melalui internet pelajar boleh berbincang tentang apa yang telah dipelajari, memperkayakan pemikian input yang disumbangkan oleh pelajar lain. Contohnya organisasi yang dikenali sebagai Bike About (http://www.ime.net/ddg/Bike) menyediakan hubungan pembelajaran tentang orang dan tempat dengan menghantar satu pasukan berbasikal untuk berkongsi pengalaman dengan sekolah-sekolah di serata dunia dan melalui pelbagai cara.
secara ringkasnya...web 2.0 mudah digunakan oleh guru yang hanya ada sedikit pengetahuan komputer. segala urusan perbincangan, penyerahan nota, perkogsian maklumat atau apa sahaja hanya dengan "klik" sahaja :)
ReplyDelete-SITI AISHAH BT AB RAHIM-
Saya setuju dengan pendapat Aishah.Web 2.0 memberi kesan yang banyak dalam pendidikan seperti :
Deletei. Pembelajaran lebih bersifat 'ubiquitous' iaitu pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja.
ii. Menggalakkan Pembelajaran sepanjang hayat. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan.
iii. Pembelajaran bersifat formal dan tidak formal, boleh berlaku di rumah, tempat kerja atau pada masa lapang.
-zaharah Ibrahim-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya setuju bahawa youtube sangat membantu. penggunaan video untuk belajar sesuatu lebih efektif dan menyeronokkan. dengan youtube, video lebih mudah dipaparkan dan dikongsi
ReplyDelete-SITI AISHAH BT AB RAHIM-
Salam. Kawan-kawan peransan tak? sekarang ini pun kita sedang melakukan sesi pembelajaran (online discussion) dengan menggunakan web 2.0 untuk perkongsian maklumat dan pendapat sesama kita. Jadi web 2.0 sememangnya diaplikasikan di bidang pendidikan terutama sekali pendidikan tinggi (universiti) dan menengah...
ReplyDelete"TEKNOLOGI WADAH PENDIDIKAN TERKINI"
Nur Fadhillah Saleh
Salam.Betul la Fad...baru perasan.Ini pun dikatakan contoh web 2.0 dalam pendidikan kan?
DeleteYa, saya setuju dengan Nur Fadhillah tu, memang sekarang pun kite menggunakan web 2.0, maka jelaslah bahawa web 2.0 ini amat penting dalam bidang pendidikan.
Deleteyer betul..sekarang kita sedang buat perbincangan online menggunakan teknologi web.Kita semua dapat berkongsi pendapat masing2.Sesungguhnya teknologi web ini mmg sgt membantu dalam bidang pendidikan.
Delete-JUE MASLI-
hmm..betul. teknologi sebagai pemudah cara untuk guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya dapat pelajar dapat menggunakan teknologi terkini dengan semaksimum mungkin.
DeleteNur Fadhillah Saleh
Yup..itulah idea saya di atas.. memang kita sedang menggunakan teknologi web 2.0 :)
DeleteYa, saya setuju dengan Nur Fadhillah tu, memang sekarang pun kite menggunakan web 2.0, maka jelaslah bahawa web 2.0 ini amat penting dalam bidang pendidikan.
DeleteAZNIRA BINTI RAZAK
Bukan sahaja teknologi web 2.0 ini penting tetapi berkesan. Semua orang dapat berkongsi pendapat secara langsung tanpa mengira tempat.
DeleteSEBARIAH MUHAMMAD
This comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteya setuju dengan Fadhillah,memang ini cara yang mudah dan dapat berkongsi maklumat dan pendapat bersama.
Delete-NAGESWAREY-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecepat dan mudah...hanya petik jari sahaja...tapi kita kena ingat petik bukan sebarang petik...kadang-kadang terdapat guru-guru senior yang tidak tahu menggunakan teknologi web ini...maka kita sebagai guru generasi y kenalah tolong mereka dengan menunjukkan kepada mereka cara menggunakan teknologi ini...kalau perlu saling berkerjasama untuk mentransformkan semua pendidik kepada celik it...betul tak kawan-kawan....hehehehe...
Delete-Siti Nurhanis binti Hashim-
Salam semua..
ReplyDeleteSebagai penambahan, Educational podcasting atau podcasting pendidikan juga salah satu contoh teknologi web 2.0 yang membantu bidang pendidikan. Ia adalah salah satu aplikasi yang membenarkan pengguna berkongsi fail-fail media samaada audio atau video yang dimuat turun secara bersiri di internet, di mana pengguna melanggan secara berdaftar dan dapat memperoleh fail media terbaru secara automatik. Pengguna melanggan podcast menggunakan aplikasi podcatching yang dapat memantau sekiranya terdapat peubahan secara berkala.Oleh itu, pengguna sentiasa dimaklumkan sekiranya terdapat fail yang terbaru yang telah dimuatnaik. Masa kini podcasting telah menjadi satu medium penyaluran pendidikan yang semakin popular di kalangan pendidik dan pelajar yang bukan sahaja menyalurkan fail-fail media yang berkaitan dengan kandungan pendidikan tetapi memupuk komunikasi dua hala antara pelajar dan pendidik. Kelebihan podcasting yang digemari oleh pelajar kerana teknologi ini membenarkan pelajar untuk memuat turun fail media samaada nota pelajaran, video kuliah yang dimuat naik oleh guru, dan juga berita terbaru mengenai sekolah dengan mudah menggunakan iPodatau komputer dan dapat membawa nota ke mana-mana sahaja seperti membawa nota poket. Pelajar juga dapat menghasilkan podcast individu untuk disiarkan yang boleh dikongsi untuk guru-guru, rakan sekelas dan juga pengguna podcasting di seluruh dunia.
Norazalina Sahudi
Penggunaan iPad di kalangan para pelajar semakin meluas terutamanya pelajar sekolah rendah, seolah-olah ianya menjadi satu kemestian untuk memilikinya. Trend ini mungkin boleh dimanfaatkan oleh para pendidik dan mengintegrasikannya dalam pembelajaran.
Delete-Sharmila-
Teknologi Web 2.0 membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh contohnya, E- Learning atau pembelajaran melalui online.
ReplyDeletePembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau blackboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
Kebaikan pendidikan melalui e-pembelajaran adalah seperti yang berikut:
i. Pelajar boleh belajar mengikut tahap sendiri berdasarkan keupayaannya.
ii. Belajar mengikut lokasi yang sesuai samada di pejabat, rumah, universiti dan masa santai kerana kemudahan internet ini boleh diakses di mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya 3G.
iii. Pelajar boleh melibatkan diri dalam program yang ditawarkan oleh universiti, kolej, dan kumpulan lain yang menawarkan program berprestij dan berkualiti tanpa berpindah lokasi.
iv. Pembelajaran melalui e-pembelajaran membolehkan pelajar dilatih untuk menggunakan pelbagai teknologi seperti pemain CD, penyiaran komputer, rakaman pita video dan lain-lain.
v. Pelajar boleh mengarahkan pembelajaran mereka sendiri akan tetapi panduan pembelajaran diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap program pengajiannya, menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengumpul maklumat dan membangunkan kemahirannya.
Roslinda Bidin
Ya betullah pendapat Roslinda tu, jadi tiada alasan bagi kita untuk menyatakan sukar mendapatkan maklumat, walhal di mana sahaja kita dapat menerokainya...samada di rumah, pejabat, dan juga tempat-tempat awam.
DeleteAZNIRA BINTI RAZAK
Assamualaikum dan salam sejahtera.
ReplyDeleteSaya ingin menambah berkenaan Wikipedia yang saya post sebelum ini. Wikipedia merupakan ensiklopedia yang menawarkan dalam pelbagai pilihan bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, English, Bahasa Cina, Italiano dan sebagainya. Dengan ini, pencarian maklumat menjadi lebih mudah kerana pelbagai pilihan bahasa ditawarkan. Maklumat yang disampaikan akan lebih mudah difahami oleh pengguna melalui pilihan bahasa ini.
Selain itu, wikipedia juga menawarkan pelbagai kategori seperti budaya, geografi, sejarah, matematik, sains, teknologi dan sebagainya untuk memudahkan pencarian pengguna. Dengan ini, pencarian maklumat akan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Sebagai contoh, jika pengguna ingin mencari maklumat berkenaan bentuk muka bumi. Pengguna boleh memilih kategori geografi dan seterusnya tajuk muka bumi.Pada paparan tajuk muka bumi, pelbagai laman akan dipaparkan seperti hutan, gua, tanjung dan sebagainya. Paparan ini secara tidak langsung memudahkan pengguna mecari maklumat dengan masa yang singkat.
Wikipedia juga menawarkan pengguna untuk menyunting maklumat yang sedia ada dan yang di muat naik oleh mereka.
NUR ELYANI BINTI AZMI
Salam Puan Marlina,
ReplyDeleteSeperti yang kita ketahui, Teknologi Web 2.0 merupakan teknologi yang terkini pada abad ini. Teknologi ini amat membantu dalam proses pendidikan. Contonya blog-blog pendidikan. Para pelajar dengan mudahnya dapat mencari bahan sebagai rujukan dalam proses penagajaran dan pembelajaran. Justeru para pelajar tidak perlu menunggu daripada guru untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Proses ini dapat menjimatkan masa kerana para pelajar terebih dahulu memahami tajuk pelajaran yang akan dibincangkan.
Disamping itu juga, para guru dapat mencari bahan bagi persediaan p&p. Maka jelaslah bahawa, guru tidaklah terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata.
AZNIRA BINTI RAZAK
Saya bersetuju dengan pendapat aznira.. Melalui blog pendidikan, para pelajar mudah mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu topik. Pengguna juga boleh berbincang mengenai sesuatu topik di dalam blog pendidikan.
DeleteSelain itu, para pelajar juga boleh melihat dan download contoh-contoh soalan peperiksaan di dalam blog pendidikan. Pelajar juga boleh mendapatkan skema pemarkahan bagi setiap soalan peperiksaan. Ini dapat memudahkan pelajar menilai prestasi mereka di samping dapat menjimatkan kos untuk membeli buku-buku soalan peperiksaan.
Salam puan..
ReplyDeleteTeknologi Web 2.0 membantu dalam pendidikan dari segi penggunaan blog,rangkaian sosial,laman perkongsian media dan wiki.
Contohnya dalam penggunaan blog,guru dan pelajar boleh membuat perbincangan dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
-Nik Najibah-
Contoh web 2.0 yang lain adalah slideshare..
ReplyDeleteSlideshare merupakan satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf. Slideshare menonjolkan satu komuniti professional yang aktif , sering memberi komen dan memuat turun bahan. Dalam pendidkan, slideshare digunakan secara meluas untuk memuat turun bahan-bahan pengajaran, pembelajaran dan bahan rujukan. Kandungan slideshare juga tersebar dengan pantas melalui blog, dan rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan Linkedln.
-Azida Aziz-
Ya, setuju dengan Azida..slideshare juga salah satu contoh teknologi web yang sangat membantu dalam bidang pendidikan.Ia memudahkan pelajar dan pendidik untuk memuatturun bahan-bahan pembelajaran.
DeleteNorazalina Sahudi
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ReplyDeleteYa,web 2.0 dapat membantu dalam bidang pendidikan.Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata.
Contohnya yang kita sedang bincangkan sekarang ini..merupakan contoh yang paling dekat...iaitu perbincangan pensyarah dan juga pelajar2 melalui laman web/blog mengenai sesuatu topik.
Kaedah ini dapat disampaikan dengan lebih mudah dan dapat memberi info yang pelbagai kepada semua pelajar yang terlibat dan juga pembaca laman ini.Dengan memberi idea2 yang mantap dan berinfo ini, pembaca dapat menambahkan lagi ilmu terkini.
Kamarul Asmiah Binti Ghazali
Ya..saya sangat setuju dengan pendapat akak..contoh web 2.0 yg paling hampir dengan kita sekarang ialah blog..kita menggunakan blog sebagai medium untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu topik atau isu..web 2.0 sgt berguna kepada semua pengguna terutamanya pelajar kerana ianya mudah untuk mendapatkan sumber maklumat..namun begitu harus diingatkan bahawa sumber-sumber maklumat yang kita baca itu haruslah dipastikan sahih dan tepat..supaya tidak berlaku miskonsepsi..
DeleteYA BETUL...sekarang pun kita tengah guna teknologi web 2.0 untuk berdiskusi. Mudah dengan cara begini, kelas masih boleh dijalankan dimana sahaja. masih ada kawalan daripada pensyarah kita. kehadiran masih boleh diambil bila kita menghantar pandangan kita.
ReplyDelete-SITI AISHAH BT AB RAHIM-
Yes ..setuju sangat dengan Cik Siti Aisyah dimana penglibatan kita untuk berdikusi secara online membolehkan kita berkongsi pendapat dan idea untuk sesuatu isu atau pendapat baru...dapat mendapat ilmu baru..
DeleteSetuju dengan Aishah... dengan adanya teknologi web, di mana-mana pun kita boleh adakan diskusi...lebih-lebih lagi sekarang kebanyakan pelajar dah ada tablet sendiri. Semua orang tidak akan ketinggalan untuk dapatkan semua info yang diberikan.
DeleteSEBARIAH MUHAMMAD
yap sye setuju dengan aisyah.. dengan cara begini pun kita masih boleh mendapat maklumat dengan banyak hasil pandangan rakan -rakan dan pencarian di laman web..
Deletesuriyana ahmad samaludin
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
ReplyDeleteSememangnya perkembangan teknologi web 2.0 banyak mempengaruhi sistem pendidikan di sekolah khususnya pelajar. Pembelajaran secara ‘online’ dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar yang boleh berlaku secara formal atau informal. Teknologi web 2.0 menekan kan konsep komunikasi dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata. Kombinasi aplikasi-aplikasi yang digunakan dalam teknologi web 2.0 banyak mempengaruhi persekitaran pembelajaran dengan mewujudkan satu platform ‘social learning’ yang menarik dan seronok apabila digunakan dengan penuh faedah dalam pendidikan.
Contoh aplikasi yang digunakan dalam teknologi web 2.0 adalah blog atau forum dalam pendidikan. Blog memberi ruang kepada pelajar untuk membaca,menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian mengenai sesuatu isu atau pendapat. Blog dan forum juga membolehkan pelajar berkongsi pendapat dan pengalaman. Blog dapat menarik minat pelajar untuk bermotivasi melibatkan diri dan kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan. Yang saya nampak dalam blog Puan Marlinah sendiri di mana terdapat perbincangan secara ‘online’ adalah contoh terbaik untuk pelajar berkongsi maklumat dan idea. Selain itu juga, setiap sekolah ada mewujudkan blog pendidikan tersendiri yang mempunyai sudut diskusi,mencari maklumat, nota subjek dan ‘bulletin board’sekolah yang banyak memberi sumber maklumat kepada pelajar.
Terima Kasih..
Best regards,
NORSAHIDA BINTI SAIM
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat sebariah. facebook pada masa sekarang memang memainkan peranan penting kerana banyak maklumat dapat disampaikan melalui facebook contohnya sesuatu kelas itu dibatalkan, pengumuman berkaitan ujian dan sebagainya. dengan adanya medium seperti ini kita tidak perlu lagi menghantar sms kepada setiap ahli kelas tersebut maka disini juga dapat menjimatkan kos. maklumat tersebut juga boleh dilihat oleh setiap ahli kelas tersebut.
DeletePada pendapat saya, teknologi web 2.0 memang banyak membantu dalam bidang pendidikan. Ini adalah kerana dapat memudahkan pelajar berhubung tidak kira masa dan tempat. Selain itu, ia bukan sahaja tempat berkomunikasi antara satu sama lain tetapi juga tempat untuk menyebarkan sebarang maklumat.
ReplyDeleteContohnya, melalui Facebook. Dengan menubuhkan kumpulan di dalam Facebook, pelajar-pelajar dan pensyarah dapat berkongsi idea dan berbincang secara terus tanpa ada sempadan tanpa perlu bersemuka. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada pelajar dalam melontarkan pendapat kerana tidak perlukan suasana formal dan lebih bersifat terbuka.
Selain itu, penggunaan web 2.0 juga dapat menjimatkan masa. Contohnya dari segi penerokaan maklumat. Sekiranya ada kemusykilan tentang sesuatu subjek,pelajar akan terus dapat mencari maklumat yang dikehendaki dengan lebih meluas secara terus melalui internet.
Di samping itu, semua nota dapat dimuatnaik dengan mudah untuk sama-sama berkongsi maklumat termasuklah memuat naik video yang berkaitan. Dengan adanya penambahan video dan animasi akan lebih menambahkan kefahaman pelajar.
Kesimpulannya, teknologi web 2.0 amat membantu dalam bidang pendidikan selaras dengan kemajuan teknologi masa kini.
SEBARIAH BINTI MUHAMMAD
Saya bersetuju ngan Sebariah. Web 2.0 memudahkan penerokaan maklumat. Contoh yang sering digunakan adalah Google.com.Ia mempunyai enjin carian, online chatting seperti google talk,email,boleh muat turun dokumen dan sebagainya. Google sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat terutamanya berkaitan pendidikan.
Delete-zaharah ibrahim-
This comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya sokong pendapat Sebariah iaitu penggunaan facebook.Kini facebook menjadi hobi di kalangan pelajar, dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran tidak langsung pelajar akan minat terhadap pelajaran dan masa juga berlalu dengan berfaedah.
Delete-NAGESWAREY-
Pada pendapat saya, teknologi web 2.0 sangat membantu dalam bidang pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kini membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk meneroka dan memperoleh pengetahuan dalam alam Teknologi yang berupaya untuk menarik murid agar turut aktif dalam pembelajaran. Teknologi ini juga dapat membantu murid mengekalkan minat dan menggalakkan pembelajaran kendiri. Minat murid akan turut meningkat apabila dapat mengakses bahan-bahan sedia ada, informasi terkini dan juga input langsung daripada rakan dan guru. Platform yang sesuai harus digunakan oleh guru agar pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer (CSCL) dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
ReplyDeleteAntara contohnya penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan pada waktu yang sama membentuk e-portfolio murid. Pengajaran dan pembelajaran ini memberikan fokus kepada penggunaan alat-alat ICT, seperti Wallwisher dan Kidblog yang menjadi platform pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Wallwisher merupakan platform menarik yang digunakan dalam sesi perbincangan dan pembelajaran,khususnya penulisan karangan. Melalui kaedah ini, segala idea dan pendapat murid dapat dirangkum dan dimuat naik secara langsung. Maklum balas murid dan guru juga dapat disampaikan secara spontan. Ruang refleksi dan hasil kerja murid yang dimuat naik dalam Kidblog menjadi satu platform e-portfolio dan wadah perkongsian antara murid. Melalui Kidblog, murid membuat refleksi mengenai hasil kerja dan dapatan yang mereka akan kumpulkan untuk dikongsi bersama. Melalui pembelajaran kolaboratif dengan sokongan komputer ini dapat membantu meningkatkan pemahaman murid, merangsang minat mereka dan menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid.
Sekian pendapat dari saya..
-SULIATHUM BINTI MAHMUD-
LB110181
Saya amat setuju web 2.0 sangat membantu dalam pendidikan. Contoh web 2.0 yang boleh digunakan oleh para pelajar ialah weblog, social networking seperti facebook dan wikipedia. Apabila pelajar menggunakan teknologi web 2.0, ia akan melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan baik, mempunyai keyakinan yang tinggi dalam mengutarakan pendapat serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteContoh teknologi web 2.0 adalah seperti; social networking sites, blogs, wikis, video sharing, hosted services, web applications, mashups dan folksonomies.
ReplyDeleteAntara teknologi web 2.0 yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan "video sharing" atau perkongsian video. Secara asasnya, teknologi ini membenarkan individu untuk "upload" klip video kepada laman web atau internet. Malalui teknologi ini banyak video-video untuk pembelajaran boleh dikongsikan bersama pelajar di serata dunia. Rujukan maklumat dari pelbagai sumber seumpama ini dapat membantu keberkesanan dalam bidang pendidikan kerana pembelajaran secara grafik atau video adalah antara teknik yang sangat mudah dan berkesan dalam proses P&P.
warmest regards,
Khadijah Binti Awaludin
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerdapat pelbagai aplikasi web yang sangat berguna pada masa kini, dan kebanyakkan web yang dibangunkan telah banyak digunakan dalam pendidikan. Laman web sosial yang kini pada dasarnya bertujuan untuk berhubung dengan rakan-rakan telah digunakan sebagai medium perantaraan untuk pembelajaran dan penggunaannya telah meluas bukan sahaja di Malaysia malah Negara-negara lain juga telah menggunakannya untuk tujuan P&P. Selain itu, Penggunaan blog juga telah semakin meluas, ianya tidak sebagai untuk menyampaikan maklumat, malah blog juga telah digunakan dengan meluas sebagai laman perbincangan, laman jualan langsung dan sebagainya.
ReplyDeleteNOREHAN BINTI MOHD NASIR
Kebaikan Web 2.0
ReplyDelete1)Web 2.0 dapat memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual.
2)Ia juga memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa hal seperti user interface, model programming, ataupun model bisnes.
3)Dapat melakukan perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat.
4)Dapat menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelbagai lapisan masyarakat .
Selain kebaikan yang diperolehi..sedikit sebanyak ada juga kelemahannya
Contoh keburukan Web 2.0 :
1)Kita akan lalai kerana terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab.
2)Seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.
3)Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi kita . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.
Sekian...
Kamarul Asmiah Binti Ghazali
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat junainah yang mana web 2.0 membantu kita untuk mendapat maklumat. contoh yang paling mudah rakaman televisyen iaitu ASTRO TUTOR TV yang sangat membantu pelajar dalam pelajaran mereka.
Deletevideo tutorial juga boleh kita dapat di youtube yang mengandungi banyak infomasi mengenai pendidikan.
suriyana ahmad samaludin
Cuba kita lihat kronologi bagi web 1.0 dan 2.0
ReplyDeleteKronologi Web 1.0
Senarai carian akan dipaparkan sekiranya terdapat laman web yang mempunyai tajuk hampir sama dengan frasa carian. Kebiasaanya keputusan sifar akan dipaparkan sekiranya melebihi tiga patah perkataan.
Kronologi Web 2.0
Agen Carian akan menyenarai hampir semua laman yang mempunyai kata kunci untuk setiap patah perkataan frasa dan keputusan carian yang mempunyai bilangan kata kunci terbanyak, paling hampir dan mempunyai relevansi kepada frasa carian akan dipaparkan.
Hasil keputusan tersangat banyak. Pengguna terpaksa mengunjungi satu per satu laman dan sekiranya hasil penemuan melibatkan 10 keputusan, pengguna terpaksa membuat perbandingan. Hasil keputusan mungkin mengandungi:
1. tempat-tempat pelancangon sahaja
2. tempat pelancongan di tepi pantai sahaja
3. budjet atau kos tempat pelancongan sahaja
4. budjet atau kos yang mempunyai nilai RM1000
5. merangkumi ke semua elemen di atas
NOREHAN BINTI MOHD NASIR
Kawan-kawan....
ReplyDeleteSekiranya Facebook, Twitter dan Youtube mampu mengendalikan konsep Web 2.0 dan menjadi ketagihan pengguna, Google dan Yahoo! menjadi sumber rujukan pencarian, mesti nanti kehadiran Web 3.0 bakal mengegarkan satu dunia internet yang mungkin akan melahirkan satu laman yang lebih canggihkan dan lebih pintar serta dapat memahami sifat dan kemahuan pengguna secara lebih spesifik....
Seiring perkembangan ilmu dan teknologi, media pembelajaran yang seiring digunakan adalah media pembelajaran melalui internet di mana pembelajaran sekarang dapat dilakukan melalui komputer yang mempunyai akses ke internet.sebagai contoh yang paling dekat dengan kita ialah FACEBOOK.Antara kelebihan fb ialah dilengkapi dengan email,kebolehan untuk menyediakan video dan gambar,kebolehan untuk berkongsi maklumat.fb juga merupakan laman sosial yang paling digemari dan ramai menggunakannya.fb boleh menghubungkan guru dgn pelajar, pelajar dengan pelajar.ia dapat meningkat interaksi antara guru dan pelajar.
ReplyDeletenurul aula binti othman
Pada pandangan saya, teknologi web 2.0 amat membantu dan memberi impak yang meluas di dalam sistem pendidikan Malaysia di dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas membolehkan pelajar mencari maklumat dan informasi dengan lebih mudah dan berkesan. Kehadiran aplikasi Web 2.0 ini dilihat sebagai revolusi untuk menyebarkan maklumat secara meluas khususnya dalam bidang pendidikan. Terdapat banyak jenis aplikasi Web 2.0 seperti laman wiki, blog, laman perkongsian video, laman perkongsian dokumen, laman perkongsian foto dan rangkaian sosial yang jika digunakan sebaiknya dapat membantu sistem pengajaran dan pembelajaran . Contoh-contoh Web 2.0 ini adalah Wikipedia, BlogSpot, Youtube, SlideShare, Scribd, Flickr dan Facebook. Setiap halaman mempunyai hak sendiri berdasarkan fungsi mereka untuk menarik pengguna internet. Aplikasi Web 2.0 boleh memberikan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat dan jika kita melihat dari sudut pembelajaran,ia juga dapat menjadi media yang berkesan dalam pendidikan. Pembelajaran menerusi web mempunyai banyak kelebihan dan antara yang utamanya ialah
ReplyDeletei. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana juga mereka berada
ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan yang berada di seluruh dunia.
iii. Pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas
iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan juga pendidik.
v. menjimatkan kos pengajaran yang berkait dengan pensyarah, ruang bilik darjah, bahan bercetak, kos perjalanan dan sebagainya
K GUNASUNDRI
Rumusan
ReplyDeleteSecara keseluruhan , web 2.0 bukan sahaja mempunyai kebaikan malah ada juga kekurangannya . Oleh itu , pengguna seharusnya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika menjalinkan persahabatan melalui ruang maya kerana ia merupakan Dunia Tanpa Sempadan yang bermaksud tiada sekatan . Jadi , akhir kata , Mari kita gunakan Web 2.0 ini ke arah kebaikan serta agar ia dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
Kamarul Asmiah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagus, banyak idea.. NAMUN saya tak nak COPY PASTE...please elaborate using your own words !!!
ReplyDeleteAsslamaulaikum...
ReplyDeletePendapat saya pula...teknologi web 2.0 ini memang sangat-sangat membantu di dalam bidang pendidikan...ini dapat dilihat daripada statistik penggunaan internet di rumah dan di mana sahaja di kalangan pelajar...statistik ini menunjukkan bahawa pelajar di Malaysia lebih cenderung mencari maklumat dan berinteraksi semasa mereka melalui internet…Selain itu penggunaan Web 2.0 ini juga semakin meluas dikalangan para pendidik setelah usaha KPM untuk menerapkan kaedah penggunaan IT ini di dalam bidang pendidikan.
Salah satu penggunaan Web 2.0 yang popular di kalangan guru dan pelajar ialah FACEBOOK..Melalui aplikasi web ini…pihak kementerian,sekolah dan terutamanya guru berupaya memantau aktiviti pelajar mereka..Pihak sekolah kini juga telah mempunyai laman mereka sendiri di dalam FACEBOOK ini..keadaan ini membolehkan perkongsian maklumat dapat dilakukan..
Teknologi web 2.0 ini juga meluas digunakan melalui aplikasi youtube..pendidik gemar mencari maklumat dalam bentuk video untuk menjadikannya sebagai salah satu bahan pengajaran..Sebagai contoh, fenomena ini dapat dilihat pada video yang diuploadkan oleh cikgu shida yang pernah menjadi kontroversi di dalam kalangan guru..Namun tindakan guru tersebut menunjukkan transformasi pendidikan yang berlaku..pelajar seronok, guru pula mudah untuk mengajar…
Akhir kata…penggunaan Teknologi web 2.0 ini sangat membantu di dalam bidang pendidikan..
-Siti Nurhanis binti Hashim-
Cuba kawan-kawan sekalian fikirkan...bagaimana sekarang pun kanak-kanak kecil seawal umur 4 ke 6 tahun lebih pandai menggunakan web ini. malah boleh mengajar ibu bapa mereka pula dalam penggunaan web 2.0 ini...amazing...ini menunjukkan penggunaan web kini semakin lama semakin dipermudahkan penggunaannya terutamanya di bidang pendidikan.
ReplyDelete- Siti Nurhanis binti Hashim-
betul tu hanis...sekarang ni pun kalau kita tengok banyak syarikat-syarikat atau kedai-kedai internet menawarkan tempat untuk belajar membuat website atau tutorial.Jadi,budak-budak sekolah boleh lebih maju dan tahu perkembangan teknologi.Mereka boleh belajar teknik-teknik dan cara membuat website secara percuma.ini memberi pendedahan awal kepada mereka.ini dari sudut pendidikan..malah banyak faedah dari sudut dan bidang lain juga.
DeleteSuhaida Mohd
Saya bersetuju dengan suhaida... selain itu terdapat perisian pembangunan blog yang diberikan secara percuma kepada pengguna di internet seperti blogspot dan wordpress. Dengan ini, pengguna dapat mebina blog mereka tanpa mengeluarkan wang mereka sendiri.... Pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui blog-blog pendidikan...
DeleteNUR ELYANI BINTI AZMI
maaf puan, terkeluar tajuk sikit. saya nak share pengetahuan baru saya.hari ini 23hb. kenapa smua yang di post ditulis post 22hb. memang saya baru nampak dan tahu. dan saya percaya ramai lagi kawan-kawan saya tak tahu. kawan-kawan perasan tak?
ReplyDeletesekarang facebook digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Informasi lebih cepat tersebar di FB. Email pun ada yang jarang buka.
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat Aishah..facebook dan twitter adalah teknologi web 2.0 yang paling diminati oleh pelajar sekarang. Ini kerana ia mudah dicapai oleh pelajar walau dimana-mana sahaja dan menarik dari sudut interface dan kegunaanya yang pelbagai.
DeleteNorazalina Sahudi
kalau kita tengok di Google pun...maps, images,books, dan lain-lain itu boleh dijadikan bahan dalam pendidikan
ReplyDeleteTeknologi web 2.0 sangat membantu dalam pendidikan kerana pelajar mendapat maklumat dengan cepat dan tepat begitu juga guru boleh mencapai/mendaptkan maklumat melalui web 2.0 untuk di jadikan bahan sebelum P&P. antaranya ialah:
ReplyDeleteBagaimana – melalui perkongsian media seperti youtube, scribd dan flickr
- Youtube – contohnya kita membangunkan video yang berkaitan dengan matapelajaran pendidikan moral untuk pelajar tingkatan 5. segala maklumat dan nota kita selitkan bersama video dan kita terapkan sekali elemen multimedia untuk menarik minat pelajar. Oleh itu pelajar akan lebih bersemangat untuk menggunakan video kita sebagai bahan rujukan mereka. http://1kemahiranhidup.blogspot.com/2011/06/jahitan.html
- Scribd – contohnya bangunkan nota/ mindmap sejarah dalam bentuk power point dan kita upload di dalam scribd. Dengan cara ini pelajar boleh memuat turun nota kita sebagai rujukan mereka. http://www.scribd.com/doc/54175312/matematik
- Melalui penggunaan Wiki dalam pendidikan – Wiki merupakan satu media yang amat berguna untuk guru dan juga pelajar. http://www.wikispaces.com/ . pengetahuan baru dari wiki amat membantu kita semasa P&P.
- Blog/wordpress – guru membangunkan blog dengan muat naik (upload) nota, latihan atau video yang berkaitan dengan subjek yang di ajar. Guru juga boleh membuat perbincangan topic yang diajar di dalam blog berkenaan. http://cheguzam.blogspot.com/2011/08/nota-matematik-tingkatan-1-bab1-nombor.html
suriyana ahmad samaludin
Sambungan, terdapat pelbagai aplikasi blog yang percuma seperti wikispaces dan wordpresscom yang menyediakan perkhidmatan blog yang mudah untuk kegunaan golongan pendidik dan pelajar.Blog ini dapat membantu dan mengajar para pelajar tentang cara baru untuk berhubung/komunikasi disamping menghasilkan penulisan yang baik untuk menengahkan pendapat mereka.
ReplyDeleteManakala kaedah pengajaran menggunakan visual pula membantu guru dan pelajar untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu perkara atau topik dengan jelas . Antara laman web paling banyak menawarkan perkhidmatan perkongsian foto ialah flickr dan photobucket.
Selain google video, youtube juga menyediakan ruang pendidikan video yang menarik dan membantu guru dan pelajar untuk pemahaman lebih tentang sesuatu perkara atau tajuk yang tidak dapat dibuat secara realiti atau berulang kali.
Manakala Wikipedia pula amat berguna untuk mendapatkan maksud atau maklumat tentang sesuatu perkara.Wiki juga membolehkan pengguna untuk mengedit maklumat baru dalam laman tersebut.
K GUNASUNDRI
Assalamualaikum Pn Marlina..
ReplyDeleteSebenarnya sebelum ini saya ada miskonsepsi di mana saya fikirkan semua web di internet itu adalah sama. Setelah penerangan di dalam kelas tempohari, baru saya tahu bahawa wujudnya web statik dan web dinamik. Ini merupakan kefahaman baru bagi saya. Jadi teknologi web 2.0 ini adalah perubahan dari web yang statik iaitu kita hanya boleh membaca maklumat sahaja berbanding dengan web dinamik yang boleh memberi maklumbalas segera contohnya apabila kita memasukkan password yang salah di sesuatu laman web, ia akan memberi tindakbalas segera menyatakan yang password dimasukkan adalah salah.
Pada pendapat saya Web 2.0 ini memang amat membantu dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh Video Cast. Ia lebih kurang sama dengan RSS dan POD Cast iaitu kita boleh muat turun bahan audio atau video digital dari internet ke komputer ataupun gajet pemain mudah alih di mana pelopor terawal ialah Apple iPod. Kandungannya sentiasa terkini kerana ia akan dikemaskini secara automatik.
Pada pendapat saya ia dapat diaplikasikan dalam pendidikan adalah dengan cara:
1. Video tutorial - contohnya video di laman YouTube yang memaparkan cara-cara untuk membangunkan laman web dan sebagainya.
2. Rakaman televisyen - contohnya rakaman bencana alam gunung berapi yang boleh disimpan dan diulang tayang kepada pelajar untuk subjek Geografi dan sebagainya.
3. Contoh tugasan melalui fungsian paparan gajet - contohnya guru tidak perlu membawa bahan sebenar (yang mungkin agak sukar didapati) ke dalam kelas.
Sekian, terima kasih
-Junainah Binti Mohamad
Assalamualaikum puan..
ReplyDeleteSaya ingin menambah sedikit berkenaan Slideshare oleh Azida. Slideshare ini adalah contoh web 2.0 yang baik di mana ia dapat memberi faedah dalam pendidikan kerana kita boleh berkongsi maklumat dengan muat turun dokumen yang berkaitan dengan percuma. Kebanyakan maklumat yang kita ingin perolehi ada di situ dan boleh dikongsi dengan pelajar serta guru. Sebelum memuat turun dokumen, Slideshare meminta pengguna untuk memuat naik dokumen kita. Ini bermakna ada 'give and take' di situ. Kita hendakkan sesuatu, jadi kita perlu beri sesuatu juga. Inilah caranya maklumat tadi akan berkembang dan tersebar luas. Selain Slideshare, Scribd juga mempunyai konsep yang sama.
Sekian, terima kasih
-Junainah Binti Mohamad