Monday, May 14, 2012

DBK 14403 (Online discussion)

Pelajar-pelajar,

Dalam masa setahun, kamu akan ditempatkan kembali di sekolah-sekolah seluruh malaysia. Kita telah belajar kursus Aplikasi Multimedia. Pada pendapat kamu, bagaimanakah kursus tersebut dapat membantu kamu untuk menjadikan sekolah masing-masing sebuah sekolah lestari (sustainable school/ green environment).


51 comments:

  1. Pelajar-pelajar, sila bagi pendapat terima kasih

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, subjek ini sangat membantu untuk saya mengajar pelajar-pelajar ICT SPM terutamanya subjek Multimedia dan Kerja Kursus yang akan pelajar laksanakan di sekolah. Saya mampu menerangkan dengan jelas konsep multimedia iaitu definisi, kegunaan dan elemen-elemen multimedia. Saya juga mampu menerangkan perisian dan perkakasan multimedia dengan lebih jelas setelah menghadiri pembentangan yang dilaksanakan di dalam kelas ini. Saya juga mampu menjelaskan pembinaan projek multimedia kepada pelajar-pelajar saya terutama fasa-fasa dalam pembinaan bahan multimedia. Dalam set induksi saya boleh memaparkan beberapa video mengenai elemen pendidikan alam sekitar untuk membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah. Untuk kerja kursus, para pelajar boleh melaksanakan konsep multimedia dalam menerapkan nilai murni alam sekitar contohnya slaid powerpoint atau poster. Untuk menjadikan sekolah yang saya tempatkan ini sebuah sekolah lestari, saya mencadangkan kepada pihak sekolah untuk menggunakan multimedia sepenuhnya dalam sesi p&p. Setiap program sekolah terutamanya upacara perasmian pembukaan dan penutup boleh diselitkan unsur multimedia. Perjumpaan guru-guru seperti Latihan Dalam Perkhidmatan dan Mesyuarat Guru juga boleh dilaksanakan menggunakan multimedia supaya sesi perjumpaan tersebut membantu dan menarik perhatian para guru agar pertemuan dan perbincangan tersebut tidak terasa lama dan bosan. Saya mencadangkan untuk membangunkan blog dan website sekolah berserta paparan alam sekitar yang menarik. Pertandingan multimedia contohnya pertandingan powerpoint slaid, poster, animasi dan video mengenai mesra alam juga boleh dilaksanakan di kalangan para pelajar untuk memberi kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Nurul Masliza binti Rosli
    LB110128

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada pendapat saya, subjek aplikasi multimedia banyak membantu dan memudahkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan 4 dan 5. Dari aspek mencapai sekolah lestari (sustainable school / green environment) banyak aktiviti dan perancangan yang boleh dilakukan bagi pihak sekolah mencapai matlamat tersebut dengan menggunakan elemen-elemen multimedia.

    Pengajaran dan pembelajaran : Guru menggunakan bahan pandang dengar seperti audio, video, radio, dan televisyen bagi memudahkan penyampaian input kepada pelajar. Bersama-sama berusaha untuk mewujudkan suasana alam sekitar sekolah yang hijau dan ceria demi melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta berpontensi untuk mengurus sumber alam dengan berkesan dan efektif. Ia sekaligus meningkat minat belajar dan motivasi pelajar untuk belajar.

    Sudut / Ruang Kelas dan Sekolah: Bagi mencapai sekolah persekitaran hijau kita menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada pelajar melalui poster dan bahan – bahan media cetak bagi menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar dalam mencintai alam sekitar, flora dan fauna. Bahan tersebut ditampal di setiap sudut atau ruang kelas dan sekolah dengan semaksimum mungkin. Kita juga boleh menyampaikan maklumat melalui web, facebook dan blog sekolah.

    Kempen Kebersihan: Pertandingan kebersihan kelas mingguan juga diterapkan kempen bumi hijau. Kelas mesti mempunyai unsur-unsur tanaman hijau atau slogan-slogan cintai alam bagi menunjukkan keprihatinan kepada alam sekitar.

    Kelab Alam Sekitar : Pelajaran multimedia sebenarnya meningkatkan nilai kreativiti dan komitmen pelajar, ini memudahkan lagi pelajar mengaplikasikan ilmu itu dengan melakukan inovasi melalui Kelab alam sekitar dengan menggunakan aplikasi multimedia.
    Kesimpulannya aplikasi multimedia merupakan satu cabang ilmu yang boleh menerapkan nilai-nilai murni kepada murid secara tidak langsung dengan menggunakan teknologi terkini. Kesedaran ini bukan tertumpu kepada pelajar malahan kepada guru dan juga masyarakat.

    “Ilmu itu Cahaya, Jahil itu Merbahaya…Ingat Ingat Kawan Semua..Jadilah Insan Berguna”

    NUR FADHILLAH BINTI SALEH
    LB110116

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saya bersetuju dengan pendapat Nur Fadhillah mengenai mengadakan sudut penjagaan alam sekitar di ruang kelas dan sekolah. Dengan ini pelajar akan lebih mudah terpanggil untuk mempraktikkan sikap menjaga alam sekitar. Kita juga boleh menganjurkan pertandingan mencipta poster dan laman web berkenaan menjaga alam sekitar.

      Sebariah Muhammad

      Delete
    3. Saya bersetuju dengan pendapat sebariah. Selain di dalam kelas, tandas sekolah sering di pandang remeh oleh warga sekolah. Kita juga boleh menerapkan semangat cintakan alam sekitar dan kebersihan di dalam tandas. Contohnya melalui mural di dinding tandas. Kita boleh menggunakan elemen multimedia seperti teks dan grafik untuk menarik minat pelajar supaya mementingkan kebersihan dan semangat cintakan alam sekitar....

      Selain itu, maklumat berkenaan kepentingan menjaga alam sekitar juga boleh ditampal di luar atau di dalam tandas....

      NUR ELYANI BINTI AZMI

      Delete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Pandangan saya, subjek Aplikasi Multimedia banyak membantu pelajar-pelajar DPLI dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran ICT di sekolah yang bakal di hantar (posting).

    Kursus ini memberi input yang baik kepada saya dan juga pelajar DPLI yang lain memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah dalam menjayakan sebuah sekolah lestari (sustainable school/ green environment).

    Dengan menggunakan elemen2 multimedia yang telah dipelajari,pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan. Antaranya; membina papan tanda berkaitan menjaga alam sekitar dan diletakkan di sudut yang dipilih . Contohnya : "Alam sekitar bersih hidup bahagia"..dan sebagainya.

    Seterusnya,perlunya ada bengkel menjaga alam sekitar kepada pelajar2 sekolah supaya memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya menjaga alam sekitar..

    Dalam perhimpunan mingguan juga, topik penjagaan alam sekitar boleh diselitkan sebagai peringatan kepada pelajar2 bahawa menjaga alam sekitar bukan hanya di sekolah. Malah di mana-mana sahaja kita berada...sentiasalah sensitif dengan persekitaran di sekeling kita.

    Dengan adanya nilai murni yang sentiasa diterapkan di sekolah. Maka pelajar2 sentiasa berdisiplin.

    Akhir kalam dari saya,
    "Kebersihan itu separuh daripada iman"
    "Melentur buluh bermula dari rebungnya".

    Terima kasih..

    -KAMARUL ASMIAH BT GHAZALI-
    IT seksyen 5 (LB 110041)

    ReplyDelete
  5. Asslammualaikaum dan Salam Sejahtera..

    Pada pendapat dan pandangan saya,subjek Apilkasi Multimedia banyak membantu dan memudahkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Ini kerana pelbagai aktiviti dan perancangan yang boleh dilakukan bagi mewujudkan sebuah sekolah lestari dengan menggunakan elemen-elemen multimedia.Antaranya ialah:

    1) Memberi pendidikan dan penerapan program mengenai alam sekitar dan modal insan di setiap sekolah bersama Kelab Pencinta Alam .Contoh,seperti mengadakan Tema Keindahan Alam Sekitar dan Minggu Kitar Semula.
    2) Menggalakkan aktiviti di dalam dan di luar sekolah yang bertujuan memupuk rasa cinta kepada alam sekitar.Contoh aktiviti di dalam sekolah seperti seminar,ceramah dan sambutan Hari Alam Sekitar.Manakala di luar sekolah seperti perkhemahan dan lawatan sambil belajar.
    3) Proses pengajaran dan pembelajaran secara tema alam sekitar dalam subjek yang dipelajari.Ini lebih berkesan sekiranya teknik pengajaran mampu menarik minat murid-murid mempelajari subjek berkenaan. Contoh pembelajaran teori dan praktikal dengan melihat keindahan flora dan fauna.
    4) Mengadakan lawatan tersusun ke tapak perlindungan atau kawasan-kawasan yang tidak tercemar.
    5) Bahan kitar semula lebih banyak digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Secara tidak langusung,guru dapat menyampaikan pendekatan ini dengan menggunakan elemen multimedia di dalam teknologi terkini.

    SEKIAN.

    “Cintailah Alam Sekitar”
    SUHAIDA BT MOHD (LB110178)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

    Sebagai guru yang pernah belajar kursus aplikasi mutimedia, kita boleh:

    - memasukkan paparan animasi mengenai kemusnahan alam semulajadi bagi memberi kesedaran kepada pelajar dalam p&p subjek berkaitan.

    - memberi pengumuman dengan ucapan penghargaan dan kata-kata semangat kepada pelajar menggunakan sistem audio sekiranya keadaan sekolah bersih selepas waktu rehat dan sebagainya.. sebaliknya memberi nasihat/amaran sekiranya keadaan sekolah kotor selepas waktu rehat dan sebagainya..

    - Azida Aziz -

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

    Sebagai guru yang pernah belajar kursus aplikasi mutimedia, kita boleh:

    - membuat pertandingan kelas terbaik dengan memasukkan elemen2 hiasan kelas seperti poster alam sekitar yang dihasilkan menggunakan komputer oleh pelajar..

    - meminta setiap kelas menyediakan dan menaip akujanji mengenai penjagaan kebersihan kelas dan sekolah, kemudian tampal dalam kelas..

    - Juhaidah Hj Masli -

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

    Sebagai guru yang pernah belajar kursus aplikasi mutimedia, kita boleh:

    - mencadangkan salah satu aktivti bagi kelab/persatuan iaitu kawasan angkat, dimana setiap ahli/persatuan menjaga dan menghias kawasan taman/sudut tertentu dalam sekolah dengan tanaman pokok2 disertakan dengan label nama pokok, tampalan poster dan gambar2 yang menarik berkenaan alam sekitar.

    - menyediakan paparan video mengenai keindahan dan kebersihan sekolah2 lain yang terpilih secara berkala di pusat sumber..

    - roslinda bidin -

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini saya perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia. Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa.Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Saya dapat menyediakan persembahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana. Kemahiran menggunakan perisian biasa yang sedia ada dalam komputer seperti Microsoft Powerpoint , Words dan Excell serta bantuan kamera digital menjadikan kerja-kerja pengajaran lebih mudah. Internet juga akan banyak membantu saya dalam menyediakan bahan bantuan mengajar serta komunikasi dengan pelajar secara terus dapat dilaksanakan menerusi e-mel dan laman blog. Maka penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio,video, animasi, dan grafik. Ini menjadikan membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya akan menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan aplikasi Photo Story untuk menyediakan bahan bantu belajar.

    --SHARMILA--

    ReplyDelete
  11. Salam puan...

    Pada pendapat saya, dengan mempelajari kursus Aplikasi Multimedia ini, apa yang boleh saya bantu untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sekolah lestari ialah :

    - menyampaikan P&P dengan memasukkan elemen-elemen multimedia seperti teks,animasi,grafik,audio dan video berkaitan dengan alam sekitar.

    - menyarankan semua kelas melabelkan setiap peralatan yang ada dengan teks/grafik. Contohnya,jika tong sampah..meletakkan teks 'gunalah saya dengan sebaiknya' berserta dengan grafik kartun.


    Nik Najibah

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Selamat Sejahtera,
    Pada pendapat saya, subjek aplikasi multimedia ini memudahkan saya untuk memberi pengajaran yang lebih menarik dan mudah dengan penggunaan alat bahan bantu mengajar seperti Microsoft Power Point,Excel Word ,perisian Adobe Photoshop,flash dan sebagainya.
    Perancangan dan aktiviti yang boleh dilakukan dalam menjayakan sebuah sekolah lestari dengan menggunakan elemen-elemen multimedia ialah:
    1)Program alam sekitar dan teknologi hijau
    •mengajar pelajar-pelajar mencipta peralatan berteknologi hijau melalui beberapa esperimen dan prosesnya akan dikomplikasikan di dalam bentuk Cakera Video Digital dan digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar dan dijadikan rujukan pada masa yang akan datang.
    2)Pertandingan melukis poster yang bertajuk ‘Big Green World’
    •Memberi tunjuk ajar dalam penciptaan poster dengan menggunakan perisian Abode Photoshop dan Flash.
    3) Model rancangan pengajaran dan pembelajaran alam sekitar merentas kurikulum.
    •Pengajar boleh menerapkan nilai alam sekitar dengan menayangkan video animasi yang menarik dan ia akan memberi kesedaran kepada pelajar tentang alam sekitar yang bebas dari pencemaran.

    ‘Go Green’
    Nageswarey a/p Panneir Selvam

    ReplyDelete
  14. Salam Satu Malaysia...
    Perkara berikut adalah boleh dipertimbangkan untuk membantu sekolah dalam menjayakan sekolah lestari dengan mengintegrasikan aplikasi multimedia:

    1. Mencadangkan kepada kaunselor sekolah atau bekerjasama dengan guru yang bertanggungjawab mengendalikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk membuat satu kursus Aplikasi Multimedia dalam melestarikan sekolah.
    2.Berbincang dengan pengetua atau penolong kanan akademik, untuk menggalakkan guru menerapkan nilai-nilai klestarian melalui video animasi selamat bumi dalam set induksi (merentas kurikulum)
    3.Membuat usulan atau proposal kepada pihak kementerian atau jabatan pelajaran negeri supaya mewujudkan pekeliling ke sekolah seluruh negara untuk mewajibkan “kempen sekolah lestari dalam teknologi moden” seperti kempem anti-dadah di sekolah…dalam “kempen sekolah lestari dalam teknologi moden mana mensyaratkan elemen multimedia” adalah salah satu perkara wajib yang perlu diambil kira.
    4.Memasukkan topik “Multimedia dalam Sekolah Lestari” ke dalam silibus teknologi maklumat dan komunikasi (ICTL) tingkatan 1 dan 2 dibawah tajuk Powerpoint atau pembangunan web.
    5.Mengadakan pertandingan pembangunan video atau animasi sekolas lestari dalam minggu alam sekitar.
    6.Berbincang dengan guru perpustakaan supaya menyediakan dan memaparkan bahan multimedia yang berkonsepkan alam sekitar.
    7.Mencadangkan dengan pihak PIBG supaya menyumbangkan “smart kiosk” di sekolah dan memasukkan aplikasi multimedia untuk tontonan pelajar semasa waktu lengang atau waktu rehat.
    8.Berbincang dengan pentadbir dan membuat usulan supaya aspek multimedia dan sekolah lestari diselitkan di setiap aktiviti mingguan yang dijalankan sepanjang tahun seperti minggu bahasa, minggu patriotism, minggu sains dan sebagainya.

    "Dengan Ilmu & Iman Kita Beramal"

    Hatimah Abdul Hakim

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam...

      Mungkin pendekatan yang diutarakan oleh Hatimah adalah cadangan yang lebih menyeluruh, bermakna pembudayaan sebuah sekolah lestari itu bukanlah dipikul oleh guru-guru tertentu tetapi melibatkan semua guru, pentadbir dan semestinya kumpulan sasaran iaitu pelajar.

      Pembudayaan sekolah lestari akan lebih berjaya seandainya semua pihak bertindak secara proaktif dan melaksanakan peranan masing-masing secara berkesan...

      Penggunaan elemen multimedia dalam pelaksanaan budaya "sekolah lestari" adalah suatu pendekatan yang mengikuti perkembangan modenisasi, kaedah yang lebih dekat dengan pelajar dan mampu menghasilkan penghayatan yang lebih berkesan atas apa yang ingin disampaikan....

      Khadijah Binti Awaludin..

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

    Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah. Jadi sebagai seorang guru yang mempelajari matapelajaran aplikasi multimedia, saya yakin subjek ini akan membantu saya dalam mengimplementasikan program ini dengan berjaya. Penggunaan lima elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi mempunyai peranan yang tersendiri dalam mempersembahkan informasi yang lebih menarik dan berkesan. Antara perancangan dan pengajaran program yang boleh dilakukan dengan penggunaan elemen multimedia ini ialah :
    i)Aktiviti pameran di perpustakaan
    •Menghasilkan portfolio yang berkaitan tentang alam semula jadi dan kemudian akan dipamerkan di perpustakaan
    •Untuk penghasilan portfolio pelajar akan disarankan menggunakan Microsoft word dan di samping itu pelajar akan didedahkan tentang penggunaan internet untuk mencari maklumat.

    ii)Aktiviti Melukis poster dan banner sekolah
    •Untuk aktiviti melukis poster dan banner, pelajar akan diberi pendedahan untuk menggunaan perisian Adobe Photoshop dan Flash untuk menghasilan poster bertemakan alam semulajadi.

    iii)Pengajaran dan Pembelajaran merentas kurikulum
    •Untuk pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum, guru boleh menayangkan video animasi yang mampu menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
    •Di samping itu, guru juga boleh mengunakan microsoft powerpoint sebagai alat bahan bantu mengajar untuk memberi penjelasan tentang kepentingan menjaga alam semulajadi.

    iv)Aktiviti Kelab Pencipta Alam
    •Untuk aktiviti kokurikulum, guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersesuaian. Semasa lawatan, guru juga boleh memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengunaan camera dan video digital untuk merakam dan merekod gambar.
    •Pelajar-pelajar juga boleh menggunakan hasil rakaman gambar dan video tersebut untuk di tayangkan dalam kelas ( sebagai aktiviti pelajar) bagi tujuan memberi kesedaran tentang keindahan alam semulajadi tanpa pencemaran.

    K GUNASUNDRI

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersetuju dengan pendapat gunasundri berkaitan aktiviti melukis poster dan banner. Melalui aktiviti ini Kelab Komputer dan Kelab Alam Sekitar boleh bekerjasama untuk menjayakan aktiviti ini.

      Sebagai contoh, ahli kelab komputer boleh membantu dan memberi pendedahan kepada peserta cara memghasilkan poster menggunakan Adobe Photoshop. Poster yang menarik boleh dipamerkan di dewan sekolah semasa kelab alam sekitar menjalankan Pameran semasa minggu alam sekitar... Melalui cara ini, para pelajar dapat melihat hasil kerja rakan-rakan mereka disamping dapat menerapkan semangat cintakan alam sekitar di dalam diri masing-masing.

      NUR ELYANI BINTI AZMI

      Delete
  19. Salam Puan,

    Pada pendapat saya, subjek Aplikasi Multimedia memberi banyak ilmu yang boleh dipraktikkan ketika mengajar di sekolah nanti. Menurut pandangan saya, subjek ini boleh membantu saya menjadikan sekolah saya nanti sebuah sekolah lestari melalui kaedah-kaedah berikut ;

    1) Proses pembelajaran yang menggunakan
    komputer seperti menyimpan nota dalam
    komputer, set-set soalan latihan dan
    segala info yang berkaitan disimpan
    dalam sebuah fail. Hal ini dapat
    mengurangkan penggunaan kertas seperti
    buku nota dan buku latihan. Pelajar juga
    akan lebih tertarik untuk mengulangkaji
    memandangkan nota yang dihasilkan pasti
    mempunyai elemen-elemen multimedia seperti
    yang telah saya pelajari.

    2) Melalui pendekatan multimedia,kempen-
    kempen kesedaran tentang pentingnya
    menjaga alam sekitar dapat memberi impak
    yang lebih maksima kepada seluruh warga
    sekolah. Dengan menghasilkan persembahan
    multimedia seperti montaj, video klip
    mahupun elemen audio,dan disokong pula
    dengan perkakasan yang sesuai,sudah pasti
    sesebuah kempen dapat dilaksanakan
    dengan berkesan. Hal ini kerana,fitrah
    manusia normal memang mudah tertarik
    dengan sesuatu yang menarik! Maka usaha
    memupuk nilai cinta terhadap alam sekitar
    dalam kalangan warga sekolah melalui
    pendekatan multimedia adalah usaha yang
    bijak dan sesuai dengan kemajuan
    teknologi terkini.

    3) Selain itu,pengurusan pentadbiran sekolah
    juga dapat dipermudah melalui penggunaan
    aplikasi multimedia. Contohnya, kesibukan
    pengetua yang sering tiada di sekolah
    sering mengganggu proses kerja kaki tangan
    di pejabat. Banyak urusan seperti
    mesyuarat guru,perjumpaan-perjumpaan
    penting kadang kala tertunda akibat
    ketidakhadiran pengetua. Oleh itu,untuk
    menyelesaikan kekangan ini, pihak sekolah
    boleh berhubung antara satu sama lain
    menggunakan interaksi atas talian tidak
    kira di mana sahaja pengetua berada.
    Dengan perkakasan yang minimal sekali pun,
    interaksi ini boleh dijalankan melalui
    kaedah 'video conference'.Oleh itu,masa
    dapat dijimatkan.

    Sekian
    Zalifah Ramly

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Pada pendapat saya, penggunaan Aplikasi Multimedia dapat membantu sesebuah sekolah menjadi sekolah lestari dengan mempraktikkan perkara-perkara berikut:
    a) Menyediakan koswer bagi subjek yang mencakupi topik tentang alam sekitar seperti Geografi dan Sains. Dengan penggunaan koswer yang mengandungi elemen multimedia teks, grafik, video, audio dan animasi dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Di dalam koswer tersebut boleh dimasukkan contoh-contoh tentang dengan lebih jelas dan nyata dan seterusnya akan memberi kesedaran kepada pelajar dan guru.
    b)Menyediakan bahan multimedia yang menunjukkan kepentingan menjaga alam sekitar.

    Sebariah Muhammad

    ReplyDelete
  23. Salam Puan Marlina

    Subjek aplikasi multimedia memberikan saya banyak kefahaman baru dan idea-idea yang boleh dipraktikkan apabila saya ditempatkan disekolah kelak. Pada pendapat saya, beberapa kaedah seperti berikut akan di cadangkan kepada pihak pengurusan sekolah dalam usaha merealisasikan sekolah lestari (sustainable school/ green environment) di sekolah saya :
    1.Menggalakkan guru-guru matapelajaran ict atau matapelajaran yang lain seperti matapelajaran sivik atau moral untuk menayangkan video animasi kepentingan mewujudkan sekolah lestari yang kondusif dan mampan. Video berbentuk animasi dapat menerangkan secara realisme pencemaran bumi yang sedang berlaku.

    2.Mengadakan pertandingan merekacipta pamplet atau poster antara kelas atau kelab kokurikulum tentang kesejahteraan alam sekitar menggunakan elemen aplikasi multimedia.

    3.Menyediakan lebih banyak aplikasi multimedia berbentuk permainan pendidikan berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar yang boleh digunakan oleh pelajar pada waktu rehat dan waktu lenggang.


    Zaharah Binti Ibrahim

    ReplyDelete
  24. Assalammualaikum dan salam sejahtera..
    puan,
    pada pendapat saya yang pernah belajar kursus aplikasi mutimedia, kita boleh:
    1. membuat pertandingan membangunkan website / blog bertemakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
    2. pertandingan mencipta logo tema menjaga alam sekitar menggunakan aplikasi multimedia
    3. Membangunkan aplikasi multimedia seperti video yang mengandungi kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Tayangan video tersebut perlu ditayangkan setiap kali perhimpunan sekolah selama lebih kurang 5-10 minit.
    4. Menerapkan pendidikan tentang alam sekitar terutama bagi subjek geografi, bahasa melayu, bahasa English, Sains , sains pertanian dan sebagainya dan melaksanakan secara berkesan ke arah kelestarian sekolah serta dapat memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekolah.
    5. Mempelawa sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan ict menyertai program melestarikan alam sekitar . Menerusi program tersebut, sekolah-sekolah yang terlibat akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai aktiviti alam sekitar dan Jalinan tersebut dilakukan melalui hubungan menerusi Internet sama ada membangunkan laman web (tema alam sekitar), sembang-sembang dan e-mel.

    SURIYANA AHMAD SAMALUDIN

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Puan Marlina.

    Sebenarnya banyak kefahaman baru yang telah saya perolehi daripada subjek Aplikasi Multimedia ini. Oleh itu cadangan saya untuk menjadikan sesebuah sekolah menjadi sekolah lestari adalah seperti berikut:
    1. Mencadangkan kepada guru panitia Pend. Sivik untuk menggunakan aplikasi multimedia (contohnya video) yang memaparkan tentang kempen ‘Kitar Semula’.
    - Ini kerana saya pernah melaksanakan kempen tersebut bagi kelas yang saya ajar, tetapi tidak disertai dengan kaedah yang menarik. Oleh itu, dengan penayangan video yang disertai dengan audio dan animasi, maka akan dapat menarik minat pelajar.
    2. Membangunkan laman web sekolah yang memuatkan tentang aktiviti yang berkaitan dengan kelestarian sekolah seperti mengumumkan aktiviti gotong-royong sekolah dan pertandingan kebersihan kelas.
    3. Menghasilkan video tentang kelestarian sekolah tersebut untuk dijadikan tontonan warga sekolah atau pelawat.
    - Tujuan tontonan bagi warga sekolah – untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tersebut untuk mengekalkan atau menambahbaik kelestarian sekolah.
    - Tujuan tontonan bagi pelawat – untuk memperkenalkan sekolah, memperlihatkan persekitaran sekolah yang lestari di samping dapat menaikkan imej sekolah kerana terhasilnya sebuah video sekolah sendiri. Ini kerana saya pernah terlibat dengan 3K di sekolah, di mana perlu menghasilkan laporan tentang 3K tersebut. Saya fikir adalah lebih menarik jika dipersembahkan dalam bentuk video dan sebagainya.

    Sekian, terima kasih.

    Junainah Mohamad

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum Pn. Marlina,

    Multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membolehkan integrasi dan manipulasi video,audio, teks, grafik dan animasi. Bagi bidang pendidikan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan multimedia berasakan computer merupakan pengalaman yang menyeronokan disamping membantu memudahkan pemahaman sesuatu konsep dengan mudah dan cepat. Kaedah ini membolehkan pelajar mengaplikasikan sokongan audio – visual yang biasanya digunakan dalam persembahan grafik dan animasi teks bagi menyesuaikan buah fikiran mengikut apa yang sedang dikaji oleh pelajar tersebut.

    Multimedia dalam bidang ini sememangnya tidak dapat dielakkan lagi kerana kita sendiri dapat melihat penggunaannya ketika proses pembelajaran sebagai contah :

    1. penggunaan multimedia dalam pembelajaran pendidikan seni visual. Penerangan yang dibuat oleh guru berkenaan dengan p&p kadang-kadang kurang jelas. Mungkin dengan paparan video atau pun CD-ROM dapat membantu para pelajar memahami topik tersebut dengan lebih mudah.Jadi jika guru ingin menganjurkan pertandingan lukisan atau poster tentang 'green environment' maka guru tersebut boleh menayangkan video berkaitan supaya pelajar mudah faham dan dapat menghasilkan suatu lukisan atau poster yang bertepatan dengan kehendak soalan.

    2. dengan menggunakan aplikasi multimedia juga guru dapat menghasilkan poster dan banner bagi mewar-warkan kempen seperti gotong-royong perdana sekolah,kempen bumi hijau dan sebagainya.

    3. jika ada pelawat contohnya dari jabatan, pejabat pendidikan atau pun sekolah sekitarnya maka pihak sekolah boleh mengadakan satu slot yang menggunakan pendekatan video bagi memperkenalkan sekolah mereka. Maka persembahan tersebut tentunya lebih menarik jika dibandingkan dengan hanya membaca teks.

    4. aplikasi multimedia juga boleh digunakan ketika perhimpunan mingguan sekolah. Kadangkala pelajar juga akan berasa bosan dengan rutin mingguan iaitu guru yang ingin menyampaikan sesuatu maklumat hanya bercakap dihadapan. Sekali sekala tidak salah rasanya guru itu menyediakan suatu persembahan multimedia bagi menerangkan suatu kempen contohya kempen sayangi alam sekitar. Pelajar juga akan lebih teruja kerana pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut dapat membangkitkan perasaan dan emosi para pelajar seawal 7.30 pagi lagi.

    Sekian, terima kasih.

    Nur Syafiza Ramli

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Pn. Marlina,

    Pendapat saya, kursus Aplikasi Multimedia banyak membantu guru untuk menjadikan sebuah sekolah lestari. Sekolah lestari merupakan satu anugerah alam sekitar yang membudayakan pendidikan alam dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan,kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Pertama;mencadangkan Pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah menyediakan skrin yang memaparkan maklumat mengenai aktiviti kelestarian sekolah.Kedua;dalam segi kurikulum iaitu proses P&P menjadi lebih efisien dan menyeronokkan dengan elemen-elemen multimedia.Slaid-slaid powerpoint yang disediakan oleh guru yang mengandungi elemen multimedia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mengulangkaji. Selain itu dapat mengurangkan penggunaan kertas.Ketiga;Sudut Kokurikulum pula,setiap kelab atau persatuan mengadakan pertandingan mencipta risalah amalan hijau serta pertandingan melukis poster alam sekitar yang bertemakan pencemaran alam.

    Sekian, terima kasih.

    NOR HALIZAWATI MUHAMMAD

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Pn Marlina

    Seperti yang kita ketahui Pendidikan Alam Sekitar ialah Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggunjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
    Justeru, sebagai seorang guru Aplikasi Multimedia, banyak kaedah yang akan diterapkan nanti bagi merealisasikan sebuah Sekolah Lestari. Antaranya ialah:
    1. Mengadakan lebih banyak pertandingan seperti melukis poster, membangunkan website yang bertemakan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
    2. Dalam perhimpunan mingguan juga, penggunaan Multimedia amatlah dititkberatkan agar pelajar tidak merasa bosan. Contohnya dengan penayangan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Hal ini para pelajar lebih mudah memahami dan menghayati daripada mendengar.
    3. Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru subjek seperti Geografi, Pendidikan Sivik, Bahasa Melayu harus mentikberatkan tentang penjagaan alam sekitar dan memberitahu impak sekiranya alam sekitar tidak dipelihara. Guru juga boleh meminta pelajar untuk membuat folio secara individu bagi tajuk yang berkenaan.
    4. Guru Pusat Sumber juga harus memainkan peranan yang penting dalam menyediakan bahan-bahan video tentang penjagaan alam sekitar.
    5. Pertandingan kebersihan kelas juga merupakan salah satu elemen dalam pembangunan Sekolah Lestari. Di samping mengadakan aktiviti gotong-royong do sekolah.

    Sekian,
    "Kebersihan Alam Sekitar
    Tanggungjawab bersama"

    AZNIRA BINTI RAZAK

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Pada pendapat saya subjek Aplikasi Multimedia boleh membantu saya untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah lestari dengan langkah berikut:
    Dari segi kurikulum:
    1. Pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum
    - Setiap pelajar boleh mengakses pada nota pengajaran secara online. Nota yang diberikan oleh guru merangkumi topik-topik matapelajaran dan menggunakan elemen-elemen multimedia. Ini dapat memudahkan pelajar mengingati topik disebabkan menyelitkan unsur-unsur seperti teks, audio, video, grafik, dan animasi disamping pelajar lebih bersedia terlebih dahulu sebelum kelas bermula kerana pelajar dapat mengulangkaji matapelajaran dengan masa yang singkat. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan lebih berkesan.
    - Dengan mengakses secara online, guru dapat mengurangkan penggunaan kertas seperti menyediakan soalan latihan. Ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk pelajar menyalin semula nota.
    2. Penerapan nilai-nilai murni tentang alam sekitar dalam P & P
    - Semasa pengajaran dan pembelajaran guru boleh menerangkan kepada pelajar tentang pembudayaan penggunaan ICT hijau dimana guru menerangkan kesan pencemaran alam sekitar dalam dunia IT, memaksimumkan penggunaan tenaga secara efisyen dan menggalakkan kitar semula.
    - Contohnya:
    a. Komputer tidak digunakan aktifkan screen sever
    b. Tutup komputer dan matikan suis
    c. Aktifkan duplex dan mod draf pada pencetak
    d. Kurangkan penggunaan kertas dan dakwat.
    3. Program/ bengkel/ seminar
    - Mengadakan program/bengkel tentang alam sekitar dan menggunakan penggunaan teknologi multimedia bukan sekadar memberi ceramah sahaja. Program dan bengkel lebih berkesan dan tidak membosankan


    Dari Segi Kokurikulum.
    1. Menyediakan satu ruang pembangunan maklumat alam sekitar yang menggunakan penggunaan multimedia
    2. Aktiviti dan projek penghijauan oleh kelab dan persatuan
    - Setiap kelab dan persatuan mempunyai aktiviti tersendiri. Saya boleh mencadangkan salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah rekacipta poster menggunakan komputer.
    Dari segi Penghijauan Sekolah
    1. Pengurusan sumber kearah mempertingkatkan kecekapan dan penggunaan secara online. Setiap kakitangan boleh berhubung antara satu sama lain secara online dan aplikasi online ini dapat menggantikan proses kerja secara manual.
    2. Penggunaan email bagi menggantikan kertas bagi tujan rasmi .
    3. Penggunaan produk dan teknologi hijau.

    NUR SHARIZAH MOHD SHAH
    LB110118

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum...

    Saya bersetuju dengan pendapat saudari nur sharizah berkenaan penerapan nilai-nilai murni di dalam proses P&P. Contohnya nilai kerjasama. Melalui nilai ini guru boleh menggalakkan para pelajar supaya bekerjasama dan berganding bahu menjaga alam sekitar. Ini kerana, melalui penerapan tersebut para pelajar dapat memahami kepentingan menjaga alam sekitar. Guru boleh menerapkan nilai-nilai murni ini dengan tayangan video berkenaan alam sekitar semasa proses p&p di jalankan.

    ReplyDelete
  31. Pada pendapat saya, penggunaan Aplikasi Multimedia dapat membantu sesebuah sekolah menjadi sekolah lestari apabila sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri untuk mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan, rujukan dan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah. Di samping itu juga, dengan penggunaan aplikasi multimedia yang terdiri daripada elemen teks, grafik, audio, video dan animasi juga boleh menyediakan sudut maklumat alam sekitar dengan menayangkan video tentang kehijauan dan pemandangan indah pada kawasan sekolah.
    Selain itu, Kurikulum yang disediakan juga mestilah menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menyampaikan pengajaran menggunakan media pengajaran yang lebih berkesan iaitu multimedia. Sebagai contoh, kelas ICT bagi pelajar tingkatan 1 dan 2, Guru boleh menyuruh pelajar membangunkan laman web berkaitan alam sekitar atau pembangunan poster atau risalah tentang alam sekitar dan diletakkan di tempat-tempat khas yang telah ditetapkan di sekolah. Ini salah satu boleh menjadikan sekolah lestari.


    NOREHAN BINTI MOHD NASIR

    ReplyDelete
  32. Asslammualaikum Puan Marlina.

    Sekolah Lestari berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan di sekolah.
    Pada pendapat saya subjek Aplikasi Multimedia yang telah dipelajari dapat membantu saya untuk menjayakan Sekolah Lestari ini. Gabungan elemen teks, video,audio,grafik dan animasi dalam multimedia dapat menarik lagi perhatian pelajar untuk mengamalkan kehijauan alam sekitar. Antaranya guru dapat mendidik pelajar dalam aspek:

    Kurikulum
    i) Menggalakkan penggunaan aplikasi multimedia untuk semua subjek di sekolah. Contohnya subjek Goegrafi topik pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Guru boleh menggunakan aplikasi multimedia untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar mengenai penjagaan alam sekitar supaya pelajar dapat melihat dengan lebih jelas cara-cara penjagaan alam sekitar melalui video yang ditonton. Secara tidak langsung kita dapat mengurangkan penggunaan kertas di sekolah dan P&P lebih menarik perhatian pelajar.

    ii) Menerapkan nilai-nilai pendidikan alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P). Contohnya sebelum atau selepas P&P, guru menyediakan aplikasi multimedia mengenai penjagaan alam sekitar untuk menerap nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar kepada pelajar.

    Kokurikulum
    i)Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar. Contohnya aktiviti melukis poster 'berkomputer' yang bertemakan "Negara Bersih Rakyat Sihat" dalam poster tersebut perlu mempunyai elemen-elemen multimedia untuk lebih menarik dan membentuk nilai kecintaan terhadap alam sekitar.

    ii) Melaksanakan aktiviti pendidikan alam sekitar dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam,kelab dan persatuan. Contohnya setiap persatuan perlu mencipta banner masing-masing yang bercirikan alam sekitar dengan menggunakan aplikasi multimedia.

    Penghijauan
    i)Mewujudkan Sistem Pengurusan Taman. Sistem ini dibangunkan dalam bentuk web. Web yang yang bangunkan perlu mempunyai elemen multimedia yang mengandungi pelan pengurusan, sumber manusia, jadual bertugas dan pemantauan habitat taman. Sistem yang dibangunkan dapat memudahkan pengurusan taman di sekolah.

    ii) Rekabentuk Taman Berkomputer.Rekabentuk taman ini direka berdasarkan keadaan landskap taman, Susun atur taman dan kebersihan taman untuk memberi gambaran asal sebelum pokok-pokok ditanam di atas tanah.

    SULIATHUM BINTI MAHMUD
    LB110181

    ReplyDelete
  33. salam...
    pendapat saya, subjek Aplikasi Multimedia banyak memberikan kelebihan kepada guru-guru di dalam langkah mewujudkan sekolah lestari.

    Melalui pengajaran yang berasaskan ICT, terutamanya Aplikasi Multimedia...elemen-elemen yang terdapat di dalam subjek ini dapat menarik perhatian pelajar bagi memelihara alam sekitar dan menunjukkan langkah-langkah memulihara dengan menggunakan multimedia.
    (1) Sebagai contohnya...murid sukakan kepada hiburan, jadi guru boleh mereka satu animasi yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar...animasi ini boleh di dalam bentuk kartun..ataupun tampalan gambar2 pelajar yang dimasukkan elemen-elemen multimedia seperti meletakkan audio atau suara, teks dialog, sedikit grafik dan kemudiannya dianimasikan...pelajar akan teruja jika gambar-gambar mereka di animsikan...maka mereka akan sentiasa menjaga imej mereka sebagai pemelihara alam kerana merasakan sebagai duta alam sekitar. Ini akan dapat mempengaruhi pelajar-pelajar lain yang rapat dengan mereka.
    (2) Selain itu, guru juga boleh paparkan aktiviti-aktiviti pelajar di dalam memulihara alam sekitar seperti bergotong-royong sebagai paparan kepada majlis-majlis yang dilaksanakan disekolah seperti majlis mesyuarat PIBG supaya ibubapa tahu aktiviti anak mereka di sekolah..
    (3) Guru juga boleh mengajar pelajar cara menanam pokok atau jenis-jenis alam hijau dengan menggunakan kaedah simulasi seperti penanaman pokok yang sebenar melalui permainan-permainan yang banyak dipasaran komersial sekarang ini.

    sekian...

    Siti Nurhanis binti Hashim

    ReplyDelete
    Replies
    1. unsur hiburan memang sesuai diterapkan untuk pelajar hari ini agar pelajar tidak bosan dan lebih terhibur untuk belajar.

      -SITI AISHAH BT AB RAHIM-

      Delete
  34. Assalamualaikum Puan Marlina,

    Pada pendapat saya, kursus aplikasi multimedia yang telah saya pelajari ini dapat membantu saya untuk menyumbangkan idea dan pendapat dalam membentuk sebuah sekolah lestari (sustainable school/ green environment). Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh saya cadangkan kepada pihak pengurusan sekolah:

    1. Memberi pendapat kepada pihak pentadbiran sekolah dan AJK pengurusan latihan dalam perkhidmatan (LADAP) untuk membuat kursus melestarikan sekolah. Kursus tersebut perlulah menarik dan dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai kelebihan sekolah lestari. Aplikasi multimedia adalah perantara yang paling sesuai dan mudah untuk memberi kefahaman dan kesedaran mengenai pembentukkan sekolah lestari.

    2. Membina blog sekolah dan menerapkan nilai-nilai kesedaran alam sekitar kepada semua warga sekolah daripada pentadbir, guru, staff sokongan, pelajar dan PIBG.

    3. Mewujudkan satu sudut maklumat sekolah lestari (sustainable school/ green environment) dan kesedaran alam sekitar sebagai tempat rujukan warga sekolah.

    5. Membina satu slogan penjenamaan sekolah bertemakan sekolah lestari (sustainable school/ green environment) sebagai satu dorongan motivasi dan amalan setiap warga sekolah.

    NORAZALINA BINTI SAHUDI

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum dan salam sejahtera =)

    Pada pendapat saya,subjek Apilkasi Multimedia sangat membantu dan memudahkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Ini kerana pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bagi mewujudkan sebuah sekolah lestari (sustainable school/ green environment)dengan menggunakan elemen-elemen multimedia. Antaranya ialah:

    1. Mewujudkan dan memantapkan bahan bacaan, rujukan dan bahan multimedia alam sekitar di pusat sumber sekolah

    2. Dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P) guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti audio, video, radio, dan televisyen bagi memudahkan penyampaian maklumat dan kesedaran program alam sekitar kepada para pelajar

    3. Menganjurkan dan melaksanakan kempen-kempen kesedaran alam sekitar di dalam bengkel/ceramah/kursus melalui persembahan slide dan pembentangan video berkaitan yang boleh menarik minat pelajar khususnya.

    4. Memastikan pihak pengusaha kantin melaksanakan amalan mesra alam dan menguruskan pelupusan bahan terbuang secara terancang. Selain itu juga, pihak pengusaha kantin boleh meletakkan poster atau papan tanda menarik supaya pelajar menghargai pentingnya menjaga alam sekitar.

    5. Program sekolah dalam taman/landskap di wujudkan dengan meminta setiap pelajar menjaga satu pokok dan melabelkan nama-nama saintifik dalam bentuk papan kenyataan yang menarik seterusnya menjadi penubuhan stesen pembelajaran(sudut maklumat) yang sesuai untuk pelajar di sekolah

    6. Kebiasaannya, penyediaan laporan tahunan dan dokumentasi program alam sekitar adalah dalam bentuk kertas, kita juga boleh menyediakan laporan dalam bentuk laman web/blog yang mempunyai ciri-ciri multimedia untuk setiap program alam sekitar di sekolah masing-masing supaya dapat berkongsi maklumat serta cara pelaksanaannya.

    BEST REGARDS,
    NORSAHIDA BINTI SAIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman yang amat berguna apabila mempelajari kursus Aplikasi Multimedia. Oleh yang demikian, apabila ditempatkan kembali ke sekolah kelak, kursus yang saya pelajari ini akan banyak membantu saya untuk mewujudkan sebuah sekolah lestari. Saya bersetuju dengan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh saudari Nursahida. Namun begitu, kefahaman dan perubahan sikap warga sekolah itu sendiri perlu diberi perhatian dan kesedaran.

      Delete
  36. saya setuju apa yang diperkatakan oleh NORSAHIDA. aplikasi multimedia membolehkan pihak sekolah menggunakan pendekatan paperless dlm mewujudkan sustainable school/ green environment.
    maklumat berkaitan alam sekitar lebih efektif disampai dalam bentuk multimedia supaya menyampaian lebih berkesan dan jelas ditunjukkan menerusi video.

    -SITI AISHAH BT AB RAHIM-

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Sekolah Lestari merupakan satu Anugerah Alam Sekitar yang membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Bagi mewujudkan sekolah bestari, pelbagai aktiviti berasaskan alam sekitar boleh dilakukan. Penggunaan elemen multimedia juga boleh dititikberatkan dalam mewujudkan sekolah lestari. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah :

    1. Program 3K
    3K bermaksud Keselamatan , Kebersihan dan Kesihatan. Melalui aspek kebersihan,aktiviti berasaskan alam sekitar boleh dilakukan. Contohnya seperti gotong royong. Untuk gotong royong elemen multimedia boleh digunakan seperti audio dan teks bagi menghebahkan aktiviti tersebut. Guru boleh membuat pengumuman di perhimpunan sekolah di samping membuat pamplet dan menampal poster berkenaan aktiviti gotong royong.

    2. Program Keceriaan Taman
    Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan kepada pelajar dan guru.Bagi program ini, kawasan taman baru boleh diwujudkan disamping meningkatkan keceriaan taman yang sedia ada. Memalui aktiviti ini, guru bersama pelajar boleh membuat label menggunakan elemen teks dan grafik bagi melabelkan nama sebenar dan nama saintifik pokok yang berada di taman sekolah. Selain itu, papan kenyataan berinformasi boleh diletakkan di taman-taman tersebut bagi meningkatkan kefahaman pelajar.

    NUR ELYANI BINTI AZMI

    ReplyDelete
  38. dengan adanya program seperti rumah hijau dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sekolah lestari.banyak elemen multimedia yang boleh digunakan untuk melaksanakan program rumah hijau.disamping pelajar menyedari kepentingan menjaga alam sekitar, pelajar juga boleh menggunakan elemen multimedia dalam pembinaan rumah hijau.sebagai contoh boleh ditayangkan video mengenai penajagaan alam sekitar dengan cara yang sangat interaktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan adanya program seperti rumah hijau dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sekolah lestari.banyak elemen multimedia yang boleh digunakan untuk melaksanakan program rumah hijau.disamping pelajar menyedari kepentingan menjaga alam sekitar, pelajar juga boleh menggunakan elemen multimedia dalam pembinaan rumah hijau.sebagai contoh boleh ditayangkan video mengenai penajagaan alam sekitar dengan cara yang sangat interaktif.

      nurul aula othman

      Delete
  39. Setelah mempelajari subjek Aplikasi Multimedia ini, saya berpendapat bahawa banyak cara boleh dilakukan melalui pelbagai pendekatan multimedia. Ini kerana KPM sendiri telah melaksanakan Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar di mana ia merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna dalam usaha memartabatkan pendidikan alam sekitar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Melalui ini, saya sebagai guru baru di sekolah itu boleh meneruskan usaha untuk meraih anugerah tersebut sekaligus dapat melatih murid-murid mewujudkan sekolah lestari dan cintai alam sekitar. Mereka ini mempunyai tahap keprihatinan dan sifat ingin tahu yang tinggi terhadap keadaan sekeliling dan inilah yang perlu digilap, dibimbing dan digunakan dengan baik dan positif. Seterusnya, saya selaku guru akan membimbing murid-murid ini ke arah tersebut melalui semua pendekatan aplikasi multimedia yang dipelajari di Universiti ini.
    Murid-murid kebiasaannya lebih suka jika hasil kerja mereka dilihat, dinilai dan diberi pengiktirafan. Usaha menyertai Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar ini sangat bertepatan sebagai kaedah atau pendekatan yang sesuai untuk mereka. Program ini sendiri menekankan empat komponen utama iaitu dari segi pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum.
    Dari sudut pengurusan, saya selaku guru menguruskan semua tentatif, merekodkan fail-fail, menyusun jadual semuanya menggunakan penggunaan komputer serta elemen multimedia seperti teks, grafik dan mungkin animasi.
    Dari sudut penghijauan pula, saya akan menyediakan anak pokok-pokok baru untuk ditanam dan menghiaskan pokok-pokok yang sedia ada untuk menambahkan lagi keceriaan sekolah. Dalam aspek multimedia, saya akan mencari dan menampalkan cara-cara penanaman pokok, kronologi tumbesaran sebatang pokok atau tumbuhan melalui penggunaan elemen multimedia teks, grafik dan juga animasi.
    Dari sudut kokurikulum pula, saya dengan kerjasama pihak sekolah dan guru akan menganjurkan pelbagai pertandingan seperti merekacipta poster menggunakan komputer dan sebagainya. Kelab Komputer sekolah yang berada di bawah pengurusan kokurikulum juga boleh digunakan untuk melatih ahli-ahlinya supaya cekap dalam pelbagai penggunaan aplikasi multimedia seterusnya membantu sekolah dalam memenangi Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar ini.
    Dari sudut kurikulum pula, banyak komponen boleh dijadikan sebahagian dari bahan bantu mengajar yang secara tidak langsung mendedahkan murid-murid dengan elemen sains, biologi, kimia, skil menulis laporan dan keusahawanan. Seterusnya guru juga tiada masalah untuk menggunakan elemen multimedia ini kerana kelima-lima elemen seperti teks, grafik, audio, video dan animasi sangat mudah dan sesuai diaplikasikan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran (P&P).
    Kesimpulannya, diharapkan usaha saya dan pihak sekolah ini berjaya melahirkan generasi akan datang yang mempunyai komitmen tinggi terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kita.
    Sekian.
    -Juhana Abd. Manan-

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

    Terlebih dahulu saya ingin membuat sedikit ulasan tentang erti kata "lestari" itu sendiri. Secara konsepnya, lestari itu bermaksud kekal dan tidak berubah-ubah (sustainable). Namun perkataan lestari juga ditakrif berdasarkan situasi dan keadaan tertentu. Kelestarian bermaksud keadaan hutan, bumi dan lain-lain yang terjaga dan terpelihara. Pelestarian pula bermaksud melindungi daripada kemusnahan.

    Dalam konteks membangunkan sebuah sekolah lestari, pelbagai usaha yang menyeluruh dan bersepadu perlu dilakukan. Teknik pelaksannaan dan metodologi yang digunakan juga perlu realistik, bersesuaian dan mengikut perkembangan semasa agar dapat menarik minat dan perhatian pelajar yang sudah tentunya terdiri daripada golongan remaja.

    Sebagai contoh, saya akan menggunakan aplikasi multimedia dalam pelaksanaan projek "Pembangunan Lestari". Konsep projek ini adalah tentang peri penting keseimbangan di antara permintaan manusia dan keupayaan sumber sedia ada alam sekitar akibat kendalian sistem ekonomi moden. Kumpulan sasaran untuk projek ini adalah pelajar tingkatan 5. Antara kaedah pelaksanaan projek ini adalah seperti berikut :

    i - kumpulan sasaran (pelajar yang dipilih) dibawa melawat ke kawasan perindustrian atau kawasan pembalakan yang mana merupakan kawasan yang memperlihatkan ancaman terhadap alam sekitar akibat kerakusan ekonomi moden yang bertunjangkan keuntungan
    ii - pelajar melakukan rakaman video dan mengambil gambar-gambar yang berkaitan
    iii - pelajar menjalankan soal selidik terhadap penduduk setempat yang menerima kesan daripada aktiviti pencemaran tersebut
    iv - berdasarkan hasil tinjauan, pelajar akan membuat pembentangan dalam bentuk video atau paparan slaid untuk berkongsi pengalaman dan pendapat tentang kelestarian alam sekitar. Saya akan membantu para pelajar membangun sebuah video yang menarik menggunakan pengetahuan multimedia yang saya miliki melalui subjek "Aplikasi Multimedia".
    v - video tersebut akan ditayangkan untuk tontonan semua para guru dan juga pelajar-pelajar yang terdapat di sekolah tersebut sebagai satu kaedah perkongsian maklumat dan pengalaman

    Sebagai lanjutan dari usaha melestarikan alam sekitar umumnya dan sekolah khususnya, pihak pentadbir boleh mengadakan projek-projek yang berkaitan seperti penghasilan taman mini pokok-pokok herba atau kawasan mini penanaman sayur-sayuran yang hanya menggunakan baja asli. Selain daripada itu, pertandingan melukis poster menggunakan perisian komputer "Adobe Photoshop" atau penghasilan blog mengenai kelestarian alam sekitar juga boleh membantu menanam rasa tanggungjawab pelajar terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah alam untuk kelestarian masa hadapan.


    Khadijah Binti Awaludin...

    ReplyDelete
  41. Assalammualaikum Puan Marlina dan rakan sekalian...

    Setelah mengikuti kursus Aplikasi Multimedia ini, banyak ilmu yang telah saya timba… Jadi untuk menjawab persoalan puan dalam membantu menjadikan sekolah yang bakal saya mengajar nanti sebuah sekolah lestari, saya berpendapat:
    1. Wujudkan taman mini/taman herba di mana taman-taman ini perlu diagihkan kepada setiap persatuan/kelab/permainan dan badan persatuan. Jadi untuk mempromosikan taman-taman ini multimedia akan memainkan peranan. Contohnya guru dan pelajar boleh berganding bahu dalam penghasilan poster menggunakan perisian adobe photoshop atau menyediakan slide show atau video. Slide show atau video yg dihasilkan akan dipaparkan ke dalam laman web sekolah untuk tontonan pelayar laman web sekolah bagi menarik minat pelajar lain dtg ke taman mini tersebut.
    2. Bagi persatuan sains misalnya, saya boleh mengajar mereka bagaimana menghasilkan animasi yang mudah. Cth: pembikinan animasi bagi proses fotosintesis. Saya rasa pelajar akan lebih tertarik untuk belajar sains disamping dapat melahirkan pelajar yang celik IT.

    Di samping mewujudkan sebuah sekolah yang lestari, guru-guru perlu menyematkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar2nya dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. "Perubahan itu bermula dari diri kita sendiri."

    Sekian terima kasih.

    SITI SAZIRA BT SAAD -<@

    ReplyDelete